Saturday, June 22, 2024

Creating liberating content

TNB Pulih Operasi 616...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memulihkan operasi 616 pencawang elektrik...

Che Ta Selamat Lahirkan...

Nampaknya, petang ini menjadi hari bersejarah buat pasangan pelakon popular, Zain Saidin dan...

Bungkusan Curiga Ke Konsulat...

SYDNEY - Pihak berkuasa Australia sedang menyiasat bungkusan mencurigakan dihantar ke beberapa kedutaan...

“Saya Belum Bangkrap, Tetap...

Dari Facebook Najib RazakSAYA belum bankrap lagi dengan keputusan mahkamah tinggi hari ini.Lama...

7,000 Kamera Badan Untuk Anggota URB, MPV Untuk Tingkat Integriti

IPOH : Perolehan 7,000 unit kamera badan bagi kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dijangka diterima awal tahun depan akan diutamakan kepada anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan kenderaan peronda (MPV) PDRM.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata fokus diberikan terhadap dua unit berkenaan terlebih dahulu bagi perolehan fasa pertama, berikutan banyak isu terutama segi integriti timbul membabitkan kedua-duanya.

“Kalau sudah ada kamera itu, insya-Allah saya rasa isu-isu integriti ini akan dapat kita kurangkan dan kita yakin kalau ada tohmahan dan sebagainya pun, kita boleh rujuk balik kepada rakaman kamera badan terbabit.

“Peringkat 7,000 unit kamera ini akan digunakan untuk URB dan MPV kita dahulu walaupun kalau diikutkan memang banyak lagi (kamera) yang kita perlukan namun yang menjadi fokus sekarang adalah untuk dua unit terbabit.

“Permohonan sudah pun kita buat dan dijangkakan kira-kira 7,000 kamera badan akan kita terima awal tahun depan,” katanya selepas perasmian Hari Ulangtahun Pasukan Gerakan Udara (PGU) ke-44 di Pangkalan Latihan PGU Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini.

Turur hadir Komander Pasukan Gerakan Udara, Datuk Noor Sham Md Jani dan Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris.

Perolehan membabitkan peruntukan RM30 juta di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) 2021 Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12), turut meliputi sistem, peralatan sokongan, dan latihan untuk penggunaan kamera badan itu.


Mengenai program Hari Ulangtahun PGU ke-44, Ayob berkata sambutan kali ini begitu bersejarah apabila buat julung kali PGU PDRM sejak 44 tahun penubuhannya iaitu pada 1 Februari 1979 dengan nama asalnya Unit Udara Polis (UUP) menyaksikan pemakaian atau penyematan lencana sayap jurterbang kepada empat pegawai wanita selepas berjaya menamatkan kursus Private Pilot’s Licence No.19 Siri 1/2021.

Empat pegawai wanita berpangkat Inspektor itu adalah Inspektor Wan Aulia Hami Fariheen Wan Azulkefeli, 31; Inspektor Yeoh Yee Chee, 31; Inspektor Siti Nabila Abdullah, 33; dan Inspektor Nur Hidayah Mohd Aisa, 33.

Empat pegawai wanita itu adalah antara 12 pegawai yang disematkan lencana sayap penerbangan PPL; selain daripada 12 lagi pegawai rendah polis yang disematkan lencana sama selepas berjaya menamatkan kursus Pemerhati Udara No.10 siri 1/2022.

Sementara itu dalam ucapannya, Noor Sham berkata PGU kini dalam usaha untuk menggantikan helikopter dan pesawat milik pasukan yang sudah berusia melebihi 30 tahun kepada pesawat baharu yang lebih canggih dan moden seiring perubahan dan keperluan semasa.

Menurutnya, PGU juga sedang dalam proses perolehan bagi mendapatkan simulator pesawat penuh atau Full Flight Simulator Helikopter AW139 bagi memberi latihan lebih komprehensif dan berkesan kepada juruterbang PGU di samping dimanfaatkan secara kaedah gunasama dalam kalangan agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan yang lain.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori