Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Dr Mahathir Mohon Kes...

PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain memfailkan permohonan kebenaran...

PH Selangor Singkir Ahli...

SHAH ALAM - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan...

Institusi Perbankan Turunkan Kadar...

KUALA LUMPUR - Maybank, Public Bank dan RHB Banking Group  mengumumkan penurunan kadar...

Pendakwaan Kes SRC Mohon...

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang...

4 Suspek Terbabit Kes Rogol Berkumpulan Sudah Ditahan

Kuala Lumpur : Empat lagi suspek yang dipercayai terbabit kes rogol berkumpulan seorang wanita di Seksyen 2 Wangsa Maju, di sini, 30 Ogos lalu, ditahan dalam operasi khas, kelmarin hingga hari ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan di Taman Melawati, di sini, kelmarin.

“Tangkapan seterusnya dibuat semalam membabitkan dua lelaki warga tempatan di Bachok, Kelantan.

“Seorang lagi suspek yang juga lelaki warga tempatan pula ditahan di Setapak, di sini, hari ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ashari berkata, tangkapan empat lelaki berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan seramai lima suspek dipercayai terbabit dalam kes itu.

“Ini termasuk tangkapan seorang lelaki tempatan yang sudah dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur, semalam di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan.


“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada orang awam dan pihak terbabit kerana membantu sehingga berjaya mengesan serta menangkap semua suspek,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan bersubahat dengan rakan lain yang masih bebas untuk merogol adik iparnya secara bergilir-gilir di sebuah rumah, bulan lalu.

Bagaimanapun, tertuduh berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Sebelum ini, hasrat mahu melangsaikan hutang rakan dipercayai punca mendorong lelaki membenarkan rakan merogol adik iparnya bergilir-gilir di kediaman mereka di Wangsa Maju pada 30 Ogos lalu.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori