Saturday, June 22, 2024

Creating liberating content

JPJ Beri Amaran Kepada...

KANGAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bukan sahaja memantau kenderaan yang tidak menepati...

Penganjur Bersih 4.0 Hanya...

BATU PAHAT - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan penganjur...

Alat Sulit Terpaksa Dipotong,...

GARA-GARA mencari 'keseronokan' dengan menggunakan botol sebagai bahan seks, seorang lelaki kehilangan alat...

Harga Minyak Susut

NEW YORK - Niaga hadapan minyak jatuh lebih daripada 4% dalam dagangan hari...

4 Ditahan Bantu Siasatan Kes Tembak Depan Bengkel

KOTA BHARU : Lelaki yang maut ditembak di hadapan sebuah bengkel di Kampung Hutan Kuin, Machang pada petang Ahad lalu terkena tujuh das tembakan termasuk di kepala dan dada.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian disebabkan tembakan tepat yang terkena pada bahagian kepala.

Katanya, setakat ini pihaknya sudah membuat empat tangkapan terhadap individu yang berusia di antara 25 hingga 36 tahun dan kesemua mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kesemua suspek direman selama seminggu bermula semalam sehingga 25 September dan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

“Polis juga sudah memanggil 25 saksi termasuk keluarga dan rakan mangsa serta individu yang berada di lokasi kejadian bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, pihaknya turut merampas dua pucuk pistol yang dipercayai milik mangsa dan dijumpai di lokasi lain.

“Selain itu, berdasarkan rampasan dan pemeriksaan yang dilakukan ke atas telefon bimbit mangsa, pihak kami tidak menolak kemungkinan mangsa ada pembabitan dengan kumpulan yang menjalankan aktiviti haram.

“Hasil pemeriksaan kandungan ke atas telefon bimbit mangsa juga mendapati, terdapat individu terkait yang mengetahui apa sebenarnya berlaku,” katanya.


Katanya, berdasarkan siasatan, mangsa mempunyai 21 rekod iaitu 12 kes berkaitan dadah dan sembilan kes lagi di bawah jenayah termasuk membabitkan senjata api dan sebagainya.

“Setakat ini kita melihat mangsa lebih berkuasa dan mungkin ketua kumpulan, namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Katanya, berdasarkan siasatan selain keterangan saksi dan tangkapan dibuat, maklumat awal yang diperoleh mendapati sebelum kejadian berlaku mungkin pertelingkahan dan pakatan luar yang membawa kepada kematian.

“Kemungkinan kejadian ini berlaku disebabkan oleh permasalahan di dalam kumpulan atau dengan kumpulan lain yang mempunyai hubung kait yang bukan sahaja di Kelantan tetapi juga negara jiran.

“Pihak kami percaya, dengan kejadian ini kita boleh merungkai beberapa kumpulan yang aktif dalam pengedaran dadah, senjata api dan aktiviti haram yang lain,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan lelaki berusia 38 tahun meninggal dunia dipercayai ditembak di hadapan kedai untuk membeli alat ganti kenderaan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori