• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14 Pemain Pahang Rangers, JDT Wakil Negara

oleh Mohd Arshad
08/09/2023
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
14 Pemain Pahang Rangers, JDT Wakil Negara
Share on FacebookShare on Twitter

Kuantan : Lapan pemain skuad Pahang Rangers antara 20 pemain disenarai dalam kem futsal kebangsaan bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Asia Futsal 2024 di Uzbekistan, 7 hingga 11 Oktober depan.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Turut tersenarai, enam pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), tiga pemain Selangor MAC dan masing-masing seorang pemain Terengganu, KL City serta PFA Odin Sarawak/Pulau Pinang.

Skuad futsal kebangsaan akan menjalani latihan pusat di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya, bermula 11 hingga 23 September sebelum ke Bangkok, Thailand pada 24 hingga 30 September bagi menghadapi tiga perlawanan persahabatan antarabangsa di sana.

Pemain Pahang Rangers kelahiran Tawau, Sabah, Muhamad Ridzwan Bakri berkata, kali ini adalah musim ke-13 dia terpilih membawa cabaran pasukan futsal negara di pentas antarabangsa.

Menurutnya, dia akan berusaha memberi persembahan terbaik sekiranya diturunkan sepanjang saingan kelayakan Piala Asia Futsal nanti.

“Kali pertama pasukan negara di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Rakphol Sainetngam diharap mencetuskan kejayaan yang diharapkan.

“Saya yakin pasukan negara mampu menyerlah dan melangkah lebih jauh pada saingan kelayakan Piala Asia Futsal kali ini walaupun bakal berdepan Iraq, Uzbekistan dan Kemboja dalam Kumpulan G,” katanya.

Skuad negara dijadual bertemu Iraq bagi perlawanan pertama pada 7 Oktober, diikuti tuan rumah, Uzbekistan pada 9 Oktober dan Kemboja pada 11 Oktober.

Sebanyak 16 pasukan iaitu lapan juara kumpulan saingan kelayakan (Kumpulan A-H), tujuh pasukan tempat kedua terbaik serta tuan rumah, Thailand akan layak ke pusingan akhir Piala Asia Futsal 2024 di Thailand pada 17 hingga 28 April 2024.

-Harian Metro

Tags: JDTPahang RangersWakil Negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Saintis Cipta Buah Pinggang Manusia Daripada Babi

Next Post

Kementerian Pendidikan Tinggi Dan Microsoft Malaysia Tandatangan MoU

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

17/04/2025
1

KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio melahirkan rasa bangga dengan komitmen ditunjukkan barisan pemainnya selepas berjaya mencatat kemenangan...

Next Post
Kementerian Pendidikan Tinggi Dan Microsoft Malaysia Tandatangan MoU

Kementerian Pendidikan Tinggi Dan Microsoft Malaysia Tandatangan MoU

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd