• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ucapan Fahmi Di Masjid Tiada Unsur Kempen Politik – Polis

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Ucapan Fahmi Di Masjid Tiada Unsur Kempen Politik – Polis
Share on FacebookShare on Twitter

Polis mengesahkan tidak ada sebarang unsur kempen politik dalam ucapan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang dilaporkan berlaku di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang dekat Shah Alam pada Ahad lepas.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia berikutan hasil penelitian terhadap rakaman video berdurasi 12 minit yang mengandungi ucapan Fahmi di masjid itu.

“… tempoh 12 minit ucapan daripada Menteri itu adalah berhubung penerangan berkaitan isu kumpulan muzik The 1975.

“Kita telah memanggil seramai lapan saksi termasuk pengadu dan mereka yang hadir ketika ucapan itu dibuat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Beliau berkata pihak polis juga telah mengenal pasti pemilik akaun yang menyebarkan video itu dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan kerana membuat kenyataan tidak benar.

“Kita sudah ada nama dan alamat dia. Perkara benar tidak mengapa tetapi yang memfitnah adalah satu kesalahan,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

-Malaysia Kini

Tags: Fahmi FadzilmasjidpolisucapanUnsur Kempen Politik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Tunku Mahkota Ismail Ucap Tahniah Ab Ghani, Kepimpinan Baharu FAM

Tunku Mahkota Ismail Ucap Tahniah Ab Ghani, Kepimpinan Baharu FAM

17/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengucapkan tahniah kepada Datuk Ab Ghani Hassan serta barisan kepimpinan baharu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd