Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

Khairul Hafiz Lebur Rekod...

KUCHING - Rekod 100 meter kebangsaan berusia 18 tahun akhirnya dileburkan pelari muda...

PAS Putus Tiga Exco...

KUALA LUMPUR - Berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat...

Baik Pulih Sekolah Daif...

SHAH ALAM - Kerajaan memberi jaminan akan menyegerakan proses perolehan dan perbelanjaan bagi...

Dihujani Bantuan Lepas Gambar...

BEBERAPA hari lalu, kami ada melaporkan kisah viral seorang kanak-kanak Filipina yang menumpang cahaya...

Tunjuk Kertas Undi Dipangkah Adalah Salah – KPN

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan tindakan menunjukkan kertas undi yang sudah dipangkah kepada umum adalah satu kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Razarudin berkata, polis akan menjalankan siasatan sekiranya ada pihak tampil membuat laporan polis terhadap kes terbabit.

“Setakat jam 6 petang, belum ada mana-mana pihak tampil membuat laporan berhubung perkara itu, sekiranya ada laporan kita akan siasat,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman pada Sabtu.

Pada Sabtu, media melaporkan, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, apabila secara sengaja menayangkan kertas undi kepada petugas media.

Perbuatannya mengundang kritikan pengguna media sosial yang berkongsi gambar Muhammad Sanusi mempamerkan kertas undi berkenaan ketika gambarnya dirakam petugas media, sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak undi.

Pada sidang akhbar sama, Razarudin berkata pihaknya berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya negeri (PRN) yang berlangsung di enam negeri.

“Kita memang sentiasa bersiap siaga, saya amat berpuas hati dengan penugasan mereka di lapangan,” ujarnya.

-Sinar Harian

Kategori

Leave a Reply