Saturday, February 24, 2024

Creating liberating content

Keluarga Pendaki Malaysia Ke...

KUALA LUMPUR – Anggota keluarga pendaki Malaysia, Ramli Abdul Majid yang jasadnya ditemui...

Samsung SLEEPSense, Alat Penjejak...

PERANTI seperti jam pintar pada masa ini sedia menawarkan kobolehan untuk menjejak dan...

Banduan Rakam Video Dalam...

KOTA BHARU - Seorang banduan lelaki yang dikatakan sedang menunggu hukuman gantung di...

Car Wash ‘Belanja’ Awek...

MENJADI usahawan bukanlah satu perkara yang mudah. Tambahan pula, dunia perniagaan sekarang semakin...

TMJ Harap Kedah Ke Asia

KUALA LUMPUR: Kedah Darul Aman (KDA) FC memperoleh tonik terbaik dalam perebutan slot ke pertandingan Asia musim depan selepas mendapat sokongan daripada pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Menerusi satu komen di hantaran Instagram KDA FC, Tunku Ismail mengharapkan skuad bimbingan Nafuzi Zain itu dapat terus melakar keputusan yang konsisten dalam mengharungi baki saingan musim ini.

“Mudah-mudahan ke Asia. Semoga menang beberapa baki game (perlawanan) liga,” kata Tunku Ismail.

Terdahulu pada aksi di Stadium Darul Aman malam tadi, skuad Kenari menangguhkan pesta kejuaraan JDT apabila mengikat lawan itu 3-3.

Malah, skuad kendalian Nafuzi berjaya mendahului pasukan kendalian Esteban Solari 2-0.


Namun skuad Harimau Selatan ‘garang’ apabila bangkit meledak tiga gol dalam tempoh 22 minit untuk mendahului 3-2 sebelum dikecewakan dengan jaringan penyamaan lewat permainan Amirbek Juraboev.

Ketika ini, Kedah ketinggalan lima mata di belakang Selangor FC (SFC) di tempat kedua namun mereka memiliki satu perlawanan dalam tangan.

Namun, skuad The Red Giants ada kelebihan jaringan yang lebih besar iaitu 39 berbanding Kedah dengan 17.

Sebagai rekod, kejayaan JDT memenangi Piala FA menyaksikan satu lagi slot ke pertandingan Asia pada musim depan akan diisi naib juara Liga Super musim ini.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori