Sunday, November 3, 2024

Creating liberating content

3 Faktor Boleh Sebabkan...

PITAS - Tiga faktor - kelemahan pembangkang walaupun diberi peluang; langkah Malaysia menjalin...

Pak Wan Tamatkan Misi...

KOTA BHARU - Pengayuh basikal warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood, 73, optimis...

Persiapan Menjelang PAU 2015...

KUALA LUMPUR - Persiapan menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2015 pada Rabu ini berjalan...

Jawatankuasa Bencana Negeri Terus...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata Jawatankuasa Pengurusan...

Tidak Hadir Sama-sama Rai Kemenangan PH-BN, Guan Eng Minta Jangan Buat Spekulasi

GEORGE TOWN: Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan ketidakhadiran beliau ke Pusat Penjumlahan Undi Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) di sini, malam tadi.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Guan Eng yang berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih untuk penggal keempat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam berkata, beliau tidak dapat hadir ke pusat berkenaan kerana perlu berada di pusat pengiraan undi di Kompleks Masyarakat Penyayang, di sini.

”Sebagai wakil rakyat, saya kena pergi ke pusat pengiraan dan penjumlahan undi, jadi saya tidak sempat (hadir ke pusat penjumlahan undi PH-BN).

”You (media) yang buat spekulasi, saya banyak berulang-alik semalam, Lim Kit Siang (yang hadir ke pusat penjumlahan undi PH-BN) bukan calon, saya calon, jangan buat spekulasi,” katanya ketika ditemui di pekarangan Seri Mutiara, di sini hari ini.

Terdahulu, Guan Eng menghadiri majlis mengangkat sumpah memegang jawatan Ketua Menteri oleh Chow K9n Yeow di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, di Seri Mutiara di sini.


Semalam, Guan Eng tidak hadir ke Pusat Penjumlahan Undi PH-BN dan meraikan kemenangan gabungan itu membentuk kerajaan negeri sekali gus menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

Majlis itu disertai majoriti calon DAP yang menang selain turut dihadiri Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang; Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Muhamad Bakhtiar Wan Chik.

Gabungan PH-BN berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga selepas memperoleh 29 kerusi DUN.

Sebelum ini, terdapat desas-desus mendakwa hubungan Guan Eng dan Kon Yeow ‘dingin’ susulan isu-isu berkaitan PRN.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori