• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Isyarat Bahawa Pesawat Hadapi Masalah – Ketua Polis Selangor

oleh AK-47
17/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiada Isyarat Bahawa Pesawat Hadapi Masalah – Ketua Polis Selangor
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pusat Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) tidak menerima sebarang makluman pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) menghadapi masalah sebelum dikesan terhempas di Elmina, Seksyen U16, dekat sini pada Khamis.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pesawat berkenaan sudah diberi kebenaran untuk mendarat pada jam 2.40 petang.

“Bagaimanapun komunikasi antara pesawat dan menara kawalan dilaporkan terputus sebelum dikesan terhempas di Elmina, berhampiran susur keluar ke Lebuhraya Guthrie.

“Pesawat disahkan terhempas dua minit sebelum mendarat sekitar jam 2.38 petang,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian.

Beliau berkata, pada masa ini siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkaitan mengenai perkara itu.

“Apa yang saya dapat sahkan bahawa tiada sebarang panggilan kecemasan dibuat,” katanya.

Info:

-Pesawat ringan Beechcraft 390 (Premier 1) yang dinaiki dua juruterbang dan enam penumpang

-Pesawat berlepas dari Langkawi menuju ke LTSAAS Subang.

-Dijadual mendarat di LTSAAS pada jam 2.40 petang.

-Jarak udara kedudukan lokasi terhempas kira-kira 1.5 kilometer LTSAAS.

-Pesawat merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal.

-Penumpang kereta dan penunggang motosikal disahkan maut di lokasi kejadian.

-Sinar Harian

Tags: Ketua Polis SelangorNahas Jet Persendirian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat Terhempas Tragedi Kedua Di Elmina

Pesawat Terhempas Tragedi Kedua Di Elmina

17/08/2023
0

Kuala Lumpur : Nahas pesawat terhempas dekat kawasan perumahan Elmina di Seksyen U16, di sini, hari ini adalah yang kedua...

Nahas Pesawat: Laluan Keluar Masuk Persimpangan Elmina Ditutup Sementara – PROLINTAS

Nahas Pesawat: Laluan Keluar Masuk Persimpangan Elmina Ditutup Sementara – PROLINTAS

17/08/2023
0

KUALA LUMPUR : Laluan keluar dan masuk ke Persimpangan Elmina dari kedua-dua arah Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) ditutup sementara berikutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd