Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Pekerja Kilang Maut Dihempap...

IPOH - Seorang warga Bangladesh maut manakala dua rakannya cedera dengan seorang daripadanya...

Lindungi Aktiviti Haram, SPRM...

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Kutipan Sisa Makanan Dari...

KUALA LUMPUR - Kutipan sisa makanan dari pintu ke pintu akan dijalankan bagi...

3 Anggota Imigresen Gempur...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggempur pusat-pusat maksiat di sekitar kawasan...

Tentera Russia Tembak Jatuh Dron Hampiri Bandar Moscow

MOSCOW : Pasukan pertahanan udara Russia berjaya memusnahkan sebuah dron ketika ia menghampiri ibu negara.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin menerusi aplikasi Telegram.

“Pasukan pertahanan udara menembak jatuh sebuah dron ketika ia mendekati bandar ini di daerah Istrinskii.

“Setakat ini, tiada kemalangan jiwa mahupun kerosakan dilaporkan. Anggota perkhidmatan kecemasan sedang menjalankan tugas di lokasi tersebut,” katanya.

Moscow jarang menjadi sasaran semasa peringkat awal konflik di Ukraine meskipun serangan semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Ibu kota dan wilayah Russia yang lain menjadi sasaran siri serangan dron Ukraine sejak beberapa hari lalu.


Serangan dron itu berlaku selepas Kyiv berjanji untuk bertindak balas dengan `mengembalikan’ konflik kepada Russia.

Sementara itu, pihak berkuasa mengesahkan tiga orang awam maut akibat dibunuh tentera Kyiv di wilayah Belgorod di sempadan Ukraine.

Malah, jelasnya, pada hari yang sama, sebuah dron merempuh bangunan pencakar langit di daerah perniagaan sehingga menyebabkan tingkap pecah.

Bagaimanapun, insiden itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori