• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Buat-buat Cool, Tipu Kalau Tak ‘Berdarah’ – Sanusi

oleh Mohd Arshad
13/08/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Saya Buat-buat Cool, Tipu Kalau Tak ‘Berdarah’ – Sanusi
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengakui beliau hanya ‘berpura-pura’ tenang sejak Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dibubarkan pada 28 Jun lalu apabila menerima serangan bertali arus daripada pihak lawan.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Menurut Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu, beliau sedikit sebanyak tetap ‘tercedera’ dan ‘berdarah’ akibat serangan tersebut yang dihalakan oleh kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Lepas bubar DUN tipulah kalau saya katakan saya tidak rasa tertekan dengan semua serangan yang dihadapkan kepada saya sebagai ketua kerajaan. Saya buat-buat cool (tenang) untuk memastikan calon-calon yang diamanahkan PN terus tenang menghadapi cabaran ini.

“Saya absorb (serap) semua serangan kepada diri saya sendiri supaya semua rakan-rakan lain terselamat daripada tembakan, sipi-sipi kenalah (juga) kepada calon-calon lain dan sipi-sipi pergi ke negeri-negeri lain.

“(Tetapi) tipulah kalau saya tak berdarah, berdarah juga berlari merata tapi Alhamdulillah kekuatan menghadapi semua ini hadir daripada Allah,” katanya ketika berucap selepas kemenangan PN pada pilihan raya negeri (PRN) di Kompleks PAS, Kota Sarang Semut, malam tadi.

Muhammad Sanusi berkata, beliau ingin mempersembahkan ucapan menjunjung kasih kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di atas bimbingan, pandangan dan nasihat baginda kepadanya untuk terus berjuang sepanjang tiga tahun ini.

Pengerusi PN Kedah itu berkata, beliau yakin barisan kepimpinan serta rakyat negeri Kedah akan terus berada di belakangnya bagi menangkis kemungkinan serangan yang akan dilakukan oleh pimpinan Kerajaan Persekutuan.

“Semua kepimpinan PH dan BN di Kedah dan seluruh negara menghalakan meriam masing-masing ke negeri Kedah, mereka telah memilih Kedah sebagai medan tempur dalam peperangan PRN,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, beliau masih memerlukan sokongan rakyat negeri itu untuk meneruskan perjuangan termasuk beberapa kes mahkamah serta saman bernilai ratusan juta ringgit yang dihadapinya.

Tambah beliau, pihaknya turut memberi jaminan untuk tidak akan menganiaya sesiapa termasuk rakan-rakan daripada PH dan BN, malahan akan terus bersikap adil.

UtusanOnline-

Tags: DUN Kedahmuhammad sanusi md nor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tidak Hadir Sama-sama Rai Kemenangan PH-BN, Guan Eng Minta Jangan Buat Spekulasi

Next Post

Kon Yeow Angkat Sumpah Ketua Menteri P. Pinang

Related Posts

MB Selangor Saman MB Kedah

MB Selangor Saman MB Kedah

04/08/2023
0

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan memfailkan saman terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang...

Penahanan Sanusi Dengan Anwar Pada 1998 Tak Sama – Fahmi

Penahanan Sanusi Dengan Anwar Pada 1998 Tak Sama – Fahmi

19/07/2023
0

KUALA LUMPUR: Naratif yang cuba dimainkan oleh sesetengah pihak yang menyamakan penahanan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md...

Next Post
Kon Yeow Angkat Sumpah Ketua Menteri P. Pinang

Kon Yeow Angkat Sumpah Ketua Menteri P. Pinang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd