• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rogol Berkumpulan: Polis Cari Muhammad Nuraffiq Bantu Siasatan

oleh AK-47
31/08/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Rogol Berkumpulan: Polis Cari Muhammad Nuraffiq Bantu Siasatan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Polis sedang mengesan seorang saksi bagi membantu siasatan kes rogol berkumpulan ke atas seorang wanita yang berlaku di sebuah rumah di Wangsa Maju, dekat sini, semalam.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata saksi sebagai Muhammad Nuraffiq Jaafar, 29, dan beralamat di PPR Laksamana, Cochrane 2, Jalan Peel, Kuala Lumpur.

“Kita sedang mengesan lelaki terbabit yang dipercayai dapat membantu siasatan kes ini.

“Justeru, kita minta mohon kerjasama orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai keberadaan lelaki ini untuk tampil membantu siasatan polis,” katanya kepada BH, hari ini.

Katanya, maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Siti Fadzilah Ahmad Fisal di talian 017-6240252.

Mengulas mengenai siasatan kes itu, Allaudeen berkata, pihak polis sudah mengenal pasti suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian itu dan usaha mengesan sedang dijalankan.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada awal pagi semalam yang mana kira-kira lima lelaki masuk ke rumah mangsa yang berusia 20-an dan merogolnya.

“Polis sudah menjalankan siasatan di tempat kejadian dengan bantuan pasukan forensik dan mangsa sudah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan oleh pegawai perubatan,” katanya.

Terdahulu, BH melaporkan polis sedang mengesan lima lelaki termasuk abang ipar seorang wanita yang menjadi mangsa rogol berkumpulan dalam kejadian itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun sedang tidur sebelum tersedar apabila mulutnya ditutup dengan tangan oleh seorang suspek.

Tangan mangsa kemudian diikat dan mulut mangsa dilekatkan dengan pita pelekat sebelum dirogol bergilir-gilir dan perbuatan terkutuk itu turut dirakam suspek.

Selepas memperkosa mangsa, semua suspek melarikan diri.

Mangsa cedera dan lebam pada tangan akibat kejadian itu.

Mangsa yang juga seorang pekerja swasta kemudian tampil membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

-Berita Harian

Tags: bantu siasatanpolisRogol Berkumpulan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rebah Ketika Lintas Hormat, Anggota Rela Meninggal Dunia

Next Post

RUU Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia Dibentang Di Parlimen Bulan Depan

Related Posts

Syabu RM13.14 Juta Dalam Kereta, Polis Tahan Duda

Syabu RM13.14 Juta Dalam Kereta, Polis Tahan Duda

02/06/2025
0

Kangar: Polis berjaya membongkar kegiatan pengedaran dadah yang menjadikan Perlis sebagai transit, selepas merampas syabu seberat 365 kilogram bernilai RM13.14...

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Next Post
RUU Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia Dibentang Di Parlimen Bulan Depan

RUU Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia Dibentang Di Parlimen Bulan Depan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd