• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rebah Ketika Lintas Hormat, Anggota Rela Meninggal Dunia

oleh Mohd Arshad
31/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Rebah Ketika Lintas Hormat, Anggota Rela Meninggal Dunia
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) disahkan meninggal dunia selepas rebah ketika perbarisan lintas hormat sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 peringkat Negeri Sembilan, di Dataran Majlis Bandaraya Seremban, di sini pada pagi Khamis.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 12.25 tengah hari.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki berusia 53 tahun itu jatuh dan tidak sedarkan diri kira-kira jam 10 pagi, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini.

“Pemeriksaan pada tubuhnya mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang dikesan.

“Proses bedah siasat telah dijalankan dan pihak hospital mengesahkan kematian mangsa disebabkan masalah jantung ‘Coronary Artery Occlusion’,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum itu, sebuah video berdurasi 32 saat memaparkan seorang anggota Rela terjatuh ketika perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Seremban sebelum dibantu beberapa rakannya dan individu lain tular di media sosial WhatsApp dan Facebook.

Difahamkan, Allahyarham dikenali sebagai Muhammad Noh Muhammad Isa dipercayai merupakan Ketua Kontinjen Rela Negeri Sembilan bagi perbarisan tersebut.

Sementara itu, Arifai berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat dan melihat kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 012-7707282 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06- 6033222,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Lintas Hormatrebah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khairul Aming Rebah Sebaik Selesai Misi Bantuan Banjir

Khairul Aming Rebah Sebaik Selesai Misi Bantuan Banjir

08/12/2024
0

SHAH ALAM - Selepas bertungkus lumus membantu mangsa banjir di Kelantan, pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Amin Kamarulzaman atau Khairul...

Kedah Tiada Hasrat Dedah Nama Pasangan Nikah Di Thailand

Imam Rebah, Meninggal Dunia Ketika Solat Subuh Di Masjid

23/03/2024
0

SEGAMAT - Imam 1 Masjid Jamek Kampung Sermi di sini, Mohd Razif Hussin, 62, yang rebah sebelum meninggal dunia ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd