Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Seluruh Negara Diselimuti Jerebu...

KUALA LUMPUR - Orang ramai di pantai barat Semenanjung Malaysia dan Sarawak mula...

Gerak Kerja Berterusan Tentukan...

KEPALA BATAS - Pelaksanaan gerak kerja jentera Barisan Nasional (BN) yang berterusan mampu...

‘Atok Miang’ Rakam Aksi...

SEREMBAN - Lelaki warga emas yang melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia...

UCAM Teraju Bantu Golongan...

KUALA LUMPUR - Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dengan kerjasama RISDA akan menerajui program...

PRK Pulai: Zahid Yakin PH-BN Menang Mudah

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili gabungan PH-BN mampu menang dengan mudah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai pada 9 Sept nanti.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ia susulan hubungan baik antara penyandang kerusi berkenaan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dengan ahli UMNO di kawasan itu, selain jalinan hubungan sedia ada antara kepimpinan UMNO di bahagian berkenaan dengan akar umbi PH.

“Untuk Pulai, saya mempunyai keyakinan kuat (mampu menang) kerana Ketua UMNO Bahagian Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed ada hubungan baik sekian lama dengan rakan-rakan PH walaupun sembilan bulan lepas kita bertempur.

“…tetapi sekarang, beberapa program sudah disusun oleh beliau untuk menyatukan kedua-dua jentera. Selain itu, Allahyarham sendiri sering menyantuni ahli UMNO, jadi di Pulai ini agak mudah,” katanya kepada pemberita selepas tamat proses penamaan calon yang berlangsung di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Johor Bahru hari ini.

Katanya pada Pilihan Raya Umum ke-15 lepas, jumlah undi yang diterima PH dan BN adalah lebih daripada 94,000 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN) hanya menerima kira-kira 20,000 undi.

Beliau turut menyifatkan keserasian dalam gabungan Kerajaan Perpaduan kini berada tahap tertinggi dalam menghadapi PRK Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, dan ia dapat dapat dilihat semasa proses penamaan calon berlangsung di kedua-dua kawasan itu pagi tadi.


“Namun kita perlu akui peringkat akar umbi perlukan sedikit waktu, jadi dalam tempoh kempen harap kita dapat dipadukan dengan jentera rakan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Sementara itu ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Sanusi Md Nor yang mendakwa UMNO bakal berkubur dalam PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Ahmad Zahid berkata beliau enggan melayan provokasi pemimpin PAS itu.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram masing-masing bakal menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon PH, Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram dilaksanakan susulan kematian penyandangnya Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pada 23 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh undi awal pada 5 Sept, manakala hari pengundian pada 9 Sept.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori