• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pergaduhan Di Stadium Bandaraya, 7 Lelaki Ditahan

oleh Mohd Arshad
23/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pergaduhan Di Stadium Bandaraya, 7 Lelaki Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN: Polis menahan seramai tujuh lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 38 tahun susulan insiden pergaduhan selepas perlawanan bola sepak antara Penang FC dan Kedah FC di sini malam tadi.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, terdahulu, polis menerima maklumat berhubung kejadian rusuhan antara penyokong kedua-dua pasukan itu pukul 11.20 malam yang berlaku berdekatan sebuah stesen minyak berhampiran Stadium Bandaraya.

Menurut beliau, kejadian itu berpunca daripada provokasi antara kedua-dua penyokong di luar stadium sebaik Sahaja perlawanan antara kedua-dua pasukan berakhir.

“Sebaik sahaja menerima maklumat mengenai kejadian itu, sepasukan pegawai dan anggota polis dari ibu pejabat daerah (IPD) Timur Laut tiba di lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

“Seramai tujuh lelaki tempatan telah ditahan oleh pasukan D7 Bahagaian Siasatan Jenayah IPD Timur Laut dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Soffian, polis turut merampas dua biji batu, dua biji kon dan sebatang kayu yang dipercayai digunakan dalam insiden pergaduhan tersebut.

TANGKAP layar video pergaduhan yang tular di laman sosial antara penyokong Penang FC dan Kedah FC sebaik tamat perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang malam tadi.
Jelasnya, dalam kejadian itu juga, cermin pintu sebuah bas yang membawa penyokong Kedah FC turut pecah ditumbuk salah seorang suspek.

“Selain itu, dua suspek yang ditahan turut mengalami kecederaan di kepala dipercayai terkena balingan batu.

“Kesemua suspek yang berasal dari negeri ini, Kedah dan Sarawak tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan mereka juga bebas daripada pengambilan sebarang jenis dadah.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan (merusuh) dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat) dan kesemua yang ditahan direman selama dua hari sehingga esok,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai tidak menularkan rakaman video berkaitan insiden tersebut untuk mengelakkan sebarang spekulasi.

Terdahulu awal pagi ini, video kejadian itu yang memaparkan pergaduhan antara sekumpulan lelaki dipercayai penyokong Penang FC dan Kedah FC tular di laman sosial media.

Pada perlawanan malam tadi, Kedah FC berjaya menundukkan Penang FC dengan keputusan 2-1 dalam aksi ‘derby’ utara yang berlangsung dalam suasana sedikit tegang.

Pada perlawanan semalam juga, pengadil turut membatalkan gol kedua oleh Kapten tuan rumah, Rafael Vitor pada minit ke-66 gara-gara berlaku kekasaran dalam kotak penalti yang menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong tuan rumah.

Situasi tegang berlanjutan apabila pemain pertahanan tuan rumah, Muhammad Adib Abdul Ra’op pula dibuang padang pada minit ke-76 selepas menerima layangan kad kuning yang kedua.

UtusanOnline-

Tags: bergaduhKedah FCPenang FCStadium Bandaraya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

15/09/2025
0

SHAH ALAM: Seorang lelaki bertindak agresif dan mencetuskan pergaduhan selepas ditegur merokok di sebuah restoran di Seksyen 13, di sini....

Bergaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 5 Masih Dikesan, 7 Bebas Dengan Jaminan Polis

Bergaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 5 Masih Dikesan, 7 Bebas Dengan Jaminan Polis

10/08/2025
0

IPOH: Polis kini giat mengesan lima lagi suspek bagi melengkapkan siasatan dalam kejadian merusuh semasa perlawanan bola sepak yang berlangsung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd