• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapor Anak Dilanggar Lori, Namun Terbongkar Didera

oleh Mohd Arshad
27/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lapor Anak Dilanggar Lori, Namun Terbongkar Didera
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Tindakan seorang wanita berpakat dengan teman lelakinya untuk membuat laporan polis palsu iaitu mendakwa anak lelakinya dilanggar lori, bagaimanapun membongkar perbuatan dera terhadap kanak-kanak itu.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Tindakan laporan itu dibuat bagi menyembunyikan rahsia laporan perubatan yang mendapati kecederaan dialami kanak-kanak berumur lima tahun itu akibat didera.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, satu laporan diterima pihaknya daripada pegawai perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Serdang yang merawat kanak-kanak itu pada 22 Ogos lalu.

Dalam kejadian pukul 12.07 tengah malam itu, hospital berkenaan menerima pesakit kanak-kanak sebelum pasukan perubatan memberi bantuan kecemasan jantung dan pernafasan, namun tiada respon positif.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan daripada maklumat awal, dia dikatakan dilanggar lori.

“Namun, pemeriksaan lanjut pada tubuh badannya mendapati terdapat kesan lebam dan luka lama disyaki akibat didera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, keputusan bedah siasat mangsa mengesahkan terdapat kecederaan parah pada tisu lembut ekoran beberapa pukulan objek tumpul.

Anbalagan berkata, susulan itu, ibu kepada mangsa berusia 44 tahun yang juga suri rumah dan teman lelaki berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan.

“Suspek wanita didapati menjalin hubungan dengan lelaki berkenaan sejak suaminya meninggal dunia pada September 2022.

“Pasangan itu membuat laporan polis palsu mendakwa kanak-kanak terbabit dilanggar lori bagi mengelak perbuatan mereka diketahui.

“Lori terbabit yang didakwa melanggar mangsa adalah kenderaan dilapor dicuri di Kajang,” jelasnya.

Tambah beliau, hasil soal siasat, kedua-dua suspek mengaku mendera mangsa di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan sehingga menyebabkan kematian.

“Kejadian itu juga berpunca daripada tabiat suspek yang suka mendera anak,” katanya.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing dilakukan mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamin.

Katanya, mereka direman selama tujuh hari bermula 23 hingga 29 Ogos untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

UtusanOnline-

Tags: dideralanngar lori
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Kerana Guna Kicap, Amah Indonesia Dipaksa Minum Air Panas, Dipukul Hingga Gigi Patah

Hanya Kerana Guna Kicap, Amah Indonesia Dipaksa Minum Air Panas, Dipukul Hingga Gigi Patah

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa didera teruk apabila disimbah air panas, dipukul dan dipicit payudara hingga luka...

Tak Tahan Kelakuan Hiperaktif, Punca Budak Mati Didera

08/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Tidak tahan dengan kelakuan kanak-kanak berusia lima tahun yang hiperaktif mendorong seorang pengasuh mendera mangsa sehingga mati....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd