Friday, December 8, 2023

Creating liberating content

Restoran Nasi Kandar Terkenal...

GEORGE TOWN - Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Jalan Gudwara, di sini...

Terdapat Keperluan Mendesak Untuk...

KUALA LUMPUR - Terdapat keperluan mendesak untuk kerajaan melonggarkan syarat pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang...

Polis Bintulu Tahan 2...

BINTULU – Polis menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat dalam kes...

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter dikesan berlaku...

KMJ Teruskan Jelajah, Tunku Ismail Rasmikan Hutan Rekreasi Sg. Temigol

MERSING: Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 meneruskan jelajah hari kedua merentasi perjalanan paling jauh 321 kilometer ke daerah Kluang, Segamat, Tangkak dan Muar.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jelajah bermula dari bandar ini diketuai oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan ditemani adinda-adinda beliau.

Rombongan singgah di beberapa lokasi untuk menemui rakyat, antaranya di Kampung Sri Lukut dan Laman Kembara Paloh sebelum meneruskan perjalanan ke Taman Eko Rimba Sungai Bantang dan Pekan Sagil serta mengakhiri jelajah di Muar.

Di Kahang, Tunku Ismail turut berkenan merasmikan Hutan Rekreasi Sungai Temigol yang mula diwujudkan untuk kemudahan masyarakat bersantai bersama-sama keluarga pada 2002.

Ketibaan rombongan diraja disambut kira-kira 1,000 penduduk kampung serta wakil dari sembilan perkampungan Orang Asli di Kahang.

Selain kemudahan untuk beriadah, hutan rekreasi tersebut turut menyediakan tempat berkhemah serta berpeluang melihat cendawan bercahaya serta kelip-kelip pada waktu malam.


Selepas itu, rombongan meneruskan jelajah dan singgah di Laman Kembara Paloh untuk bertemu dengan rakyat.

Pelbagai aktiviti dijalankan bagi memeriahkan penganjuran KMJ 2023, khususnya sukan rakyat.

KMJ 2023 akan meneruskan jelajah sejauh 176 kilometer di daerah Muar dan Batu Pahat pada hari ketiga hari ini.

Antara lokasi yang dikunjungi ialah Sawah Ring, Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara dan Pusat Pertanian Parit Botak.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori