• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KMJ Teruskan Jelajah, Tunku Ismail Rasmikan Hutan Rekreasi Sg. Temigol

oleh Mohd Arshad
06/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KMJ Teruskan Jelajah, Tunku Ismail Rasmikan Hutan Rekreasi Sg. Temigol
Share on FacebookShare on Twitter

MERSING: Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 meneruskan jelajah hari kedua merentasi perjalanan paling jauh 321 kilometer ke daerah Kluang, Segamat, Tangkak dan Muar.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jelajah bermula dari bandar ini diketuai oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan ditemani adinda-adinda beliau.

Rombongan singgah di beberapa lokasi untuk menemui rakyat, antaranya di Kampung Sri Lukut dan Laman Kembara Paloh sebelum meneruskan perjalanan ke Taman Eko Rimba Sungai Bantang dan Pekan Sagil serta mengakhiri jelajah di Muar.

Di Kahang, Tunku Ismail turut berkenan merasmikan Hutan Rekreasi Sungai Temigol yang mula diwujudkan untuk kemudahan masyarakat bersantai bersama-sama keluarga pada 2002.

Ketibaan rombongan diraja disambut kira-kira 1,000 penduduk kampung serta wakil dari sembilan perkampungan Orang Asli di Kahang.

Selain kemudahan untuk beriadah, hutan rekreasi tersebut turut menyediakan tempat berkhemah serta berpeluang melihat cendawan bercahaya serta kelip-kelip pada waktu malam.

Selepas itu, rombongan meneruskan jelajah dan singgah di Laman Kembara Paloh untuk bertemu dengan rakyat.

Pelbagai aktiviti dijalankan bagi memeriahkan penganjuran KMJ 2023, khususnya sukan rakyat.

KMJ 2023 akan meneruskan jelajah sejauh 176 kilometer di daerah Muar dan Batu Pahat pada hari ketiga hari ini.

Antara lokasi yang dikunjungi ialah Sawah Ring, Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara dan Pusat Pertanian Parit Botak.

UtusanOnline-

Tags: Hutan Rekreasi Sg. TemigolKMJrasmikanTunku Mahkota Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sweden Mahu Kukuhkan Hubungan Dengan Negara Islam

Next Post

Pelajar Tingkatan Lima Dicekup, Tak Sempat Edar 1,060 Biji Pil Kuda

Related Posts

Tunku Mahkota Johor Bertemu Timbalan Perdana Menteri Singapura

Tunku Mahkota Johor Bertemu Timbalan Perdana Menteri Singapura

11/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Perdana Singapura, Lawrence Wong dalam...

TMJ “Walk The Talk”, Cakap Dan Buat

TMJ “Walk The Talk”, Cakap Dan Buat

20/07/2022
0

"Saya rasa untuk tiga musim terakhir ini, kami jadi terlalu selesa, terlalu yakin dan tidak mengeluarkan belanja untuk skuad. Selepas...

Next Post
Pelajar Tingkatan Lima Dicekup, Tak Sempat Edar 1,060 Biji Pil Kuda

Pelajar Tingkatan Lima Dicekup, Tak Sempat Edar 1,060 Biji Pil Kuda

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd