• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Silap Pilih Lagi

oleh Mohd Arshad
10/08/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Jangan Silap Pilih Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh RAJMAH HASAN

Silap buat keputusan lagi, natijahnya bukan terpalit kepada penduduk Selangor sahaja, bahkan seluruh rakyat Malaysia, kata Datuk Seri Mohamad Hassan.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Peringatan itu dinyatakan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) kerana Selangor adalah nadi ekonomi negara memandangkan ia adalah negeri terkaya di Malaysia.

“Jangan ingat ini (pilihan raya negeri) nak pilih macam Akademi Fantasia. Jangan silap pilih lagi, sebab kita nak pilih parti berpengalaman yang akan bersama-sama Kerajaan Pusat untuk mentadbir negara!”.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, kesilapan dibuat semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRN14) lalu telah menyebabkan negara terjerumus dalam keadaan tidak menentu yang menyebabkan ekonomi negara merudum jatuh.

“Dalam satu penggal itu sahaja, kita bertukar tiga kerajaan dan tiga Perdana Menteri.

“Ketidakstabilan politik negara ketika itu menakutkan pelabur untuk membuat pelaburan di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Ceramah dan Ramah Mesra Pengundi Kuang Bersama Datuk Seri Mohamad Hassan di Bro Misai Food Court, Kampung Kuang, malam tadi.

Mohamad hadir memberi sokongan kepada Datuk Hasnal Rezua Merican, calon BN yang bersaing dengan Mohd. Rafiq Abdullah dari PN dan Sallehudin Amiruddin (Bebas) bagi merebut kerusi DUN N.13 Kuang pada pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan, berkata, sebelum 2018, ekonomi Malaysia kedua terkuat di rantau Asia Tenggara selepas Singapura, namun Malaysia kini berada di tangga kelima di belakang Vietnam.

“Bayangkan Vietnam, dulunya negara yang lama berperang selama 20 tahun kini ekonominya menjadi keempat terkuat di rantau ini dan berada di depan Malaysia,” katanya sambil memaklumkan Singapura masih mengekalkan ranking pertama, diikuti Indonesia dan Thailand.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, Kerajaan Persekutuan yang dibentuk dengan gabungan BN-PH ketika ini telah ditubuhkan dengan majoriti dua pertiga iaitu sebanyak 148 kerusi.

Malah katanya, kedudukan Kerajaan Pusat juga semakin kukuh apabila Parlimen meluluskan Undang-Undang Antilompat Parti yang dilaksanakan di tujuh negeri, berkuat kuasa 5 Oktober tahun lalu.

Tujuh negeri tersebut ialah Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak.

“Undang-undang inilah yang akan melindungi mandat rakyat dalam pemilihan wakil rakyat,” katanya.

Beliau mengingatkan rakyat di enam negeri khususnya Selangor yang terlibat PRN agar tidak lagi terpedaya dengan politik kebencian dan bersifat hasutan.

Katanya, dakwaan mengatakan keputusan PRN ini dapat menggugat pentadbiran Kerajaan Pusat sama sekali tidak betul.

“Itu semua tohmahan yang direka untuk mengganggu konsentrasi dan memikat hati rakyat untuk buat silap lagi.

“Jangan buat silap berasaskan emosi…berasaskan sentimen…berasaskan fitnah…berasaskan tohmahan yang akhirnya terpedaya sehingga melantik pihak yang tidak ada kepakaran mengurus Selangor.

“Empat tahun setengah kita sudah bazirkan masa dengan pertelagahan politik, jadi jangan bazirkan masa lagi.

“Jangan hancurkan negara. Lepas PRN, kita fokus bangunkan negara pula,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga calon BN di DUN Rantau yakin Hasnal Rezua adalah calon terbaik untuk diangkat menjadi wakil rakyat di DUN N.13 Kuang.

“Bagilah kepercayaan kepada rakan-rakan kita termasuk Hasnal Rezua sebagai sebahagian untuk urus kerajaan Selangor bersama-sama,” katanya.

Mohamad berharap agar pemilihan kerajaan negeri baru diberikan kepada mereka yang telah terbukti ada rekod baik serta mempunyai kepakaran dalam mengurus negeri.

BN katanya parti yang berpengalaman luas dalam mengurus negara, manakala PH pula sudah tiga penggal mentadbir negeri Selangor.

Datuk Seri Mohamad Hassan (kanan) ketika berucap pada Program Ceramah dan Ramah Mesra Pengundi Kuang di Bro Misai Food Court, Kuang, malam tadi.

#PRN15 #PRNSelangor #Kuang #N13 #TetapSayang #HRM #Perpaduanready #kitaselangor #DemiKestabilan #DemiKemakmuran #Hasnal #HasnalKuang #CalonNo1 #HasnalSatu #HRM1 #SuaraKuang #KuangKuSayang
#BandarTasikPuteri

Mynewshub-

Tags: BNDatuk Seri Mohamad HassanPRN Selangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahkamah Batal Rayuan Peguam Kanan UK Wakili Najib Dalam Kes SRC

Next Post

JDT Perlu Enam Mata Lagi

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

28/04/2025
0

GUA MUSANG - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning dengan pertambahan majoriti daripada pelbagai kaum...

Next Post
JDT Perlu Enam Mata Lagi

JDT Perlu Enam Mata Lagi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd