• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fitnah Kempen Di masjid: Fahmi Hantar Notis Tuntutan Kepada Papagomo

oleh Mohd Arshad
11/08/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Fitnah Kempen Di masjid: Fahmi Hantar Notis Tuntutan Kepada Papagomo
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah menghantar notis tuntutan kepada blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris berhubung fitnah konon beliau memberikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang, Selangor, pada 30 Julai lalu.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Peguam Asheeq Ali Sethi Alivi berkata, notis tuntutan telah dikeluarkan hari ini terhadap Wan Muhammad Azri ,yang dikenali sebagai ‘Papagomo’, atas dua hantaran yang telah dibuat dalam akaun Facebooknya.

“Melalui notis tuntutan tersebut, Fahmi, yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), menuntut antara lainnya, penarikan balik kenyataan fitnah itu dan permohonan maaf secara terbuka,” katanya menerusi kenyataan.

Peguam itu berkata, kenyataan fitnah yang telah dikeluarkan individu tersebut melalui akaun Facebook dan TikTok adalah berniat jahat untuk menjatuhkan nama baik Menteri.

“Ia seterusnya untuk menggambarkan seolah-olah Menteri menderhaka kepada arahan yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor dengan kononnya mengadakan ceramah politik di sebuah masjid, serta innuendo bahawa Menteri telah menyalahgunakan kuasa beliau,” katanya.

Sebelum ini, Fahmi menyanggah dan kecewa dengan fitnah yang dilemparkan kononnya beliau berkempen di masjid serta menegaskan sedia memberi kerjasama penuh kepada Jabatan Agama Islam Selangor sekiranya diperlukan.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan tidak ada sebarang unsur kempen politik dalam ucapan Fahmi yang dilaporkan berlaku di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang.

Katanya, ia berikutan hasil penelitian terhadap rakaman video berdurasi 12 minit yang mengandungi ucapan Fahmi di masjid itu, berhubung penerangan berkaitan isu kumpulan muzik ‘The 1975’.

-Harian Metro

Tags: Fahmi FadzilFitnah Kempen Di masjidnotis tuntutanpapagomo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

1,456 Kandungan Jelik Diturunkan Penyedia Perkhidmatan Platform Media Sosial – Fahmi

1,456 Kandungan Jelik Diturunkan Penyedia Perkhidmatan Platform Media Sosial – Fahmi

03/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,456 kandungan berunsur jelik atau melampau membabitkan kanak-kanak sudah diturunkan oleh penyedia platform internet dan media sosial...

Kuota BUDI95 Diperbaharui Hari Ini – Fahmi

Kuota BUDI95 Diperbaharui Hari Ini – Fahmi

01/10/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengesahkan kuota 300 liter bagi subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95), diperbaharui hari ini. Jurucakap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd