Friday, April 12, 2024

Creating liberating content

Dadah Bernilai RM101,000 Dirampas...

JOHOR BAHRU — Polis Johor merampas dadah pelbagai jenis termasuk ganja, heroin dan...

PRN: Adenan Cabar Kerajaan...

KUCHING - Isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dibawa pembangkang khasnya DAP...

Kes Penemuan Kepala Wanita:...

KUCHING – Suami kepada wanita warga China yang kepalanya ditemui tanpa badan di...

M.U Sanggup Belanja Hampir...

MANCHESTER UNITED dilapor semakin serius untuk mendapatkan bekas bintang mereka apabila sedia berbelanja...

Bom Palsu: Penghantar Makanan Dipenjara Sehari, Denda RM4,000

IPOH: Padah kerana membuat panggilan ugutan bom palsu, seorang penghantar makanan menerima hukuman setimpal apabila dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Tertuduh, Mohammad Nasriq Samsudin, 38, dijatuhi hukuman tersebut selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret S. Punitha.

Hukuman penjara terhadap Mohammad Nasriq juga boleh ditambah lima bulan lagi sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Ahmad Farid Asorudin, 38, melalui telefon dengan cara mengugut dan mengatakan ada bom akan meletup di sebuah pasar raya di Klebang.

Panggilan berkenaan diterima di tingkat satu pejabat pengurusan pasar raya tersebut pada pukul 4.15 petang, 23 Ogos 2023.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fahmi Kamaluddin manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Hajar Hamzah.

Terdahulu, ketika rayuan, Siti Hajar memohon mahkamah mengenakan hukuman denda minimum mengambil kira pendapatan harian anak guamnya antara RM20 hingga RM30 sebagai penghantar makanan.


Malah katanya, rekod rawatan psikitri dimiliki tertuduh turut menyukarkannya mendapatkan pekerjaan tetap dengan pendapatan stabil.

“Tertuduh pernah mendapatkan rawatan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Ulu Kinta pada tahun 2002. Rekod dimilikinya ini menyukarkan anak guam saya mendapatkan pekerjaan.

“Oleh itu, saya mohon mahkamah untuk mengenakan jumlah jaminan minimum terhadap tertuduh,” katanya.

Tertuduh membayar hukuman denda berkenaan.

Menerusi laporan media Khamis lalu polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di kawasan Tasek di sini selepas disyaki membuat panggilan bom palsu di sebuah pusat membeli-belah di Chemor

Tangkapan ke atas lelaki itu dilakukan selepas lima jam laporan polis dibuat pekerja pusat membeli-belah berkenaan berkaitan ancaman bom pada pukul 4.50 petang.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori