• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abang Ditahan, Tikam Adik Usia 9 Tahun Hingga Mati

oleh Mohd Arshad
19/08/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Abang Ditahan, Tikam Adik Usia 9 Tahun Hingga Mati
Share on FacebookShare on Twitter

Ranau: Remaja lelaki ditahan reman selepas disyaki menikam hingga mati adik lelakinya yang berusia sembilan tahun menggunakan pisau di Kampung Kinapulidan di sini, kelmarin.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Hospital Ranau.

Katanya, polis menerima laporan pada jam 11.27 pagi Khamis lalu daripada seorang lelaki mengatakan adiknya ditikam oleh abang di rumah mereka.

“Siasatan awal mendapati mangsa ditikam di bahagian perut oleh suspek yang berusia 19 tahun ketika kedua-duanya berada di ruang tamu pada jam 5.40 pagi.

“Mangsa dikejarkan ke hospital oleh jiran namun disahkan meninggal dunia pada jam 11.10 pagi ketika menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Ranau,” katanya.

Menurutnya, polis masih menyiasat motif kejadian dan tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai masalah mental.

“Kes diklasifikasikan sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Simiun menggesa orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian segera menghubungi polis atau tampil ke IPD Ranau bagi membantu siasatan.

HarianMetro-

Tags: MATIremajatikam adik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd