• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

45 Maut Dalam Serbuan Sasar Geng Dadah Di Brazil

oleh Mohd Arshad
03/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
45 Maut Dalam Serbuan Sasar Geng Dadah Di Brazil
Share on FacebookShare on Twitter

BRASILIA: Sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh dalam beberapa serbuan polis yang menyasarkan geng sindiket dadah di tiga negeri di Brazil.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam operasi terbaharu di Rio de Janeiro, polis berkata, pihaknya melepaskan tembakan dalam kejadian berbalas tembakan yang berlaku di kawasan Complexo da Penha, sehingga mengakibatkan 10 orang maut.

Berdasarkan laporan media tempatan, seorang raja dadah dan pengedar merupakan antara 10 individu yang terbunuh.

Jelasnya, empat lagi individu cedera termasuk seorang pegawai polis.

Menurut polis, operasi terbaharu dilancarkan selepas pihaknya menerima risikan mengenai perjumpaan antara ketua-ketua kumpulan dadah.

Beberapa saksi memberitahu mereka terdengar bunyi tembakan dan pertempuran antara polis dan ahli kumpulan penjenayah.

Terdahulu, seramai 10 orang maut dalam pertempuran ketika serbuan dikenali sebagai Operation Shield dilancarkan di Sao Paulo.

Di negeri Bahia pula, pegawai mengesahkan sekurang-kurangnya 19 suspek terbunuh sejak Jumaat lalu.

Sekurang-kurangnya 58 orang ditahan semasa operasi dijalankan di Sao Paulo.

Operasi itu bermula selepas seorang pegawai polis terbunuh di bandar pesisir pantai Guaruja, Khamis lalu.

Media tempatan melaporkan polis berjaya merampas sebanyak 385 kilogram (kg) narkotik dan senjata api.

Operasi di Guaruja dikecam oleh Menteri Keadilan dan Keselamatan, Flavio Dino yang menyifatkan tindakan polis tidak selaras dengan jenayah dilakukan.

Gabenor Sao Paulo, Tarcisio de Freitas menerusi satu temu bual mengesahkan dua pegawai polis merupakan antara individu terbunuh dalam pertempuran itu.

Amnesty International menyifatkan serbuan polis di Guaruja menunjukkan `tanda-tanda jelas balas dendam atas kematian seorang pegawai kanan mereka’.

UtusanOnline-

Tags: Brazilgeng dadahmaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd