• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

266,117 Rakyat Selangor Peroleh Manfaat Dari Program Jualan Rahmah

oleh AK-47
06/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
266,117 Rakyat Selangor Peroleh Manfaat Dari Program Jualan Rahmah
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi manfaat kepada hampir 2.1 juta penduduk dengan nilai jualan sebanyak RM 57 juta di seluruh negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, program tersebut memberi manfaat kepada 266,117 orang Selangor dengan nilai jualan sebanyak RM12.6 juta.

“Program Jualan Rahmah yang telah dilaksanakan sejak 11 Januari ini melibatkan 222 kawasan Parlimen di seluruh negara dengan memberikan fokus di kawasan penempatan rakyat kumpulan B40.

“Ia dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara kerajaan bersama pemain industri dan peniaga tempatan dengan kadar diskaun melalui perkongsian yang ditanggung kedua-dua pihak,” katanya ketika ditemui di Program Jelajah Jualan Ehsan Rahmah (JER) Peringkat Selangor di Kompleks PKNS Bangi, di sini, hari ini.

Menurutnya, Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) merupakan kerjasama antara KPDN dan Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS).

“Program Jelajah Jualan Rahmah merupakan usaha kerajaan di bawah Inisiatif Payung Rahmah yang menawarkan penjimatan harga antara 10 peratus hingga 30 peratus bagi jualan barangan keperluan harian berbanding harga pasaran.

“Program ini bukan hanya berkaitan pemberian subsidi oleh kerajaan untuk potongan harga barangan tetapi turut membuktikan komitmen kerajaan untuk meneruskan usaha di bawah Payung Rahmah,” ujarnya.

Kata Armizan, Perdana Menteri juga telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi perlaksanaan Program Jualan Rahmah di Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui tiga model iaitu kaedah di dalam premis, luar premis dan Jualan Rahmah Bergerak.

Tambahnya, KPDN bakal melaksanakan Kajian Impak Program Payung Rahmah bagi melihat keberkesanan dan kemampuan program tersebut bagu memastikan ia dapat memberikan kesan positif kepada rakyat.

-Kosmo Online

Tags: Jualan Rahmahrakyat selangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Siasat Insiden Papan Iklan Calon PN Dirobohkan

Next Post

Dera Anak Hingga Mati: Reman Wanita, Teman Lelaki Disambung

Related Posts

Jualan Rahmah Bantu Rakyat Sambut Ramadan, Aidilfitri

Jualan Rahmah Bantu Rakyat Sambut Ramadan, Aidilfitri

30/03/2024
0

Program Jualan Rahmah (PJR) yang berterusan dan bantuan kerajaan terhadap golongan yang memerlukan terbukti dapat dimanfaatkan pelbagai lapisan masyarakat di...

Banyak Lagi Insentif Rakyat Di Selangor Bakal Ditarik Balik

03/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Lebih banyak insentif rakyat akan ditarik balik dan pelbagai langkah yang membebankan rakyat akan dilaksanakan pada masa...

Next Post
Dera Anak Hingga Mati: Reman Wanita, Teman Lelaki Disambung

Dera Anak Hingga Mati: Reman Wanita, Teman Lelaki Disambung

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd