Wednesday, February 12, 2025

Creating liberating content

Amy Mastura Terus Terima...

PETALING JAYA - Pelakon dan penyanyi Amy Mastura tidak serik untuk membawakan watak...

1,973 Sembuh, 3 Kematian,...

KUALA LUMPUR - Kes sembuh akibat Covid-19 yang direkodkan, hari ini lebih tinggi...

Curi Motosikal Berang Gaji...

MELAKA – Tindakan seorang warga Pakistan mencuri motosikal majikan gara-gara berang gajinya tidak...

Mahkamah Indonesia Benarkan Amalan...

JAKARTA - Mahkamah Perlembagaan Indonesia menolak petisyen untuk menjenayahkan zina atau hubungan seks...

TikTok Sanusi Akhirnya Boleh Diakses

PETALING JAYA : Akaun media sosial TikTok milik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang mempunyai lebih 432,600 pengikut yang disekat sejak kelmarin akhirnya boleh diakses.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Semakan Utusan Malaysia mendapati, media sosial itu boleh dilayari seperti biasa dengan hantaran video yang boleh dilayari dengan normal.

Berbanding semalam, akaun itu dikatakan dipadam sehingga memaksa Pengarah Pilihan Raya Pas tersebut membuat akaun baharu.

Sebaliknya, dakwa Muhammad Sanusi, akaun TikTok hanya boleh dilayari di luar negara dan tidak di dalam Malaysia.

Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan pihaknya menghalang akses atau memadam kandungan akaun TikTok milik Menteri Besar Kedah itu.


SKMM dalam kenyataan berkata, platform-platform media sosial mempunyai garis panduan komuniti (Community Guidelines) yang menentukan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pengguna secara automatik apabila terdapat pelanggaran terhadap panduan tersebut, mahupun berdasarkan aduan orang ramai.

“Garis panduan komuniti sedemikian menetapkan jangkaan, mempromosikan keterangkuman dan mengurangkan kandungan memudaratkan atau yang berbaur jelik yang boleh mengganggu keharmonian dalam komuniti.

“SKMM meneliti kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menuduh kerajaan menghalang akses atau memadam kandungan akaun TikTok beliau. SKMM mengesahkan, tiada sebarang arahan diterima berhubung isu ini,” kata SKMM.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori