GOPENG: Pasangan suami isteri maut manakala dua lagi termasuk seorang kanak-kanak parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas di Jalan Kota Bharu, di sini, hari ini.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng, Noor Azhan Noor Fauzi, berkata nahas membabitkan kereta jenis Proton Perdana dinaiki mereka.
Katanya, panggilan diterima jam 4 petang sebelum anggota dari BBP Gopeng dibantu oleh BBP Kampar digerakkan ke lokasi.
Katanya, mangsa lelaki yang maut dikenali Mohd Ramddan Abd Rahim, manakala isterinya, Kisdalliana Saad, 43.
Beliau berkata, dua mangsa yang cedera parah ialah seorang wanita berumur 63 tahun serta seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.
Mangsa dikeluarkan oleh orang awam yang melalui jalan itu.
Menurutnya lagi, dua mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala dua mangsa yang parah dihantar ke hospital menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Gopeng serta ambulans.
BHonline-


