• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tahan 5 Penjawat Awam Kes Tuntutan Palsu RM61,000

oleh Mohd Arshad
17/07/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
SPRM Tahan 5 Penjawat Awam Kes Tuntutan Palsu RM61,000
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan lima penjawat awam, termasuk seorang wanita di sebuah jabatan kerajaan, kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu perpindahan membabitkan beberapa daerah di negeri ini, berjumlah kira-kira RM61,000.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut sumber, kelima-lima suspek dalam lingkungan usia 30 hingga 50 tahun itu dipercayai ditahan antara jam 10 pagi hingga 12.30 tengah hari ketika hadir ke pejabat SPRM Sabah, hari ini.

Katanya, mereka disyaki mengemukakan penyata resit syarikat pengangkutan untuk pembayaran penghantaran barangan rumah dan kenderaan sedangkan perkhidmatan berkenaan tidak pernah dilakukan.

Sementara itu Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi pula mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Kesemua suspek itu ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut, dan pihak kami tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat,” katanya.

Beliau berkata, kelima-lima suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah, di sini, pagi esok.

“Susulan siasatan kes ini, pihak SPRM Sabah memberi khidmat nasihat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Sabah dengan mencadangkan beberapa penambahbaikan pekeliling perkhidmatan sistem dan prosedur berhubung tuntutan perpindahan.

“Kerajaan negeri juga menyambut baik khidmat nasihat itu dan kini dalam proses penambahbaikan,” katanya.

BHonline-

Tags: Penjawat AwamSPRMTuntutan Palsu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

Kerajaan Kaji Penjawat Awam Kerja Dari Rumah, Sektor Swasta Digesa Ikut Jejak – PM Anwar

Kerajaan Kaji Penjawat Awam Kerja Dari Rumah, Sektor Swasta Digesa Ikut Jejak – PM Anwar

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan kini sedang meneliti langkah tambahan termasuk memperkenalkan peraturan kerja lebih anjal dengan pelaksanaan bekerja dari rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd