• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Terperinci Dijalankan Kenal Pasti Punca Helikopter JBPM Kemalangan

oleh AK-47
23/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Siasatan Terperinci Dijalankan Kenal Pasti Punca Helikopter JBPM Kemalangan
Share on FacebookShare on Twitter

Subang Jaya : Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca pesawat helikopter model Agusta, AW189 dengan nombor pendaftaran 9M-BOF milik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang terbabit kemalangan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, ketika sesi pengujian enjin dan sistem pesawat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bahagian Pengurusan Korporat JBPM dalam kenyataannya berkata, pihaknya juga menjalankan proses siasatan dalaman dan akan mengambil tindakan susulan selaras dengan dapatan, arahan serta prosedur semasa yang berkuat kuasa.

“Insiden kemalangan itu dilaporkan 11.45 pagi semalam di Dispersal Universiti Kuala Lumpur, MIAT. Pesawat terbabit dilaporkan ditugaskan untuk menjalani pengujian enjin dan sistem pesawat selepas melalui proses senggaraan berkala yang ditetapkan pihak pengeluar sebagaimana dalam program selenggaraan.

“Ketika kejadian, pesawat dikendalikan anak kapal JBPM iaitu Komander Pesawat, Hasrizal Kamaruzzaman, dibantu Che Muhammad Azlan Che Mohammad (Juruterbang) dan seorang Air Quartermaster, Fua’ad Jamaluddin.

“Selain itu, empat kru senggaraan daripada Syarikat Galaxy Aerospace Sdn Bhd turut berada di dalam pesawat iaitu Muhammad Mohd Taib (Ketua Jurutera) Ahmad Zhafri Mohd Nor (Jurutera Avionik), Mohammad Zhafir Mohammad (pelatih) dan Ryan Xavier Julius (pelatih),” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu, anak kapal dan kru senggaraan yang terbabit dalam kemalangan itu mendapat rawatan dan pemeriksaan awal di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Mangsa dilaporkan tidak mengalami apa-apa kecederaan kecuali seorang kru senggaraan yang mengadu sakit pinggang dan diarahkan untuk membuat pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan yang berhampiran.

“Selepas pemeriksaan rapi dibuat, beliau dibenarkan pulang dan dilaporkan dalam keadaan selamat,” katanya.

Mengulas lanjut, Bahagian Pengurusan Korporat JBPM memaklumkan, berdasarkan laporan pada 11.40 pagi, pesawat terbabit menjalani pengujian enjin dan sistem pesawat (Engine Ground Run) yang menjadi prosedur biasa yang dilaksanakan selepas pesawat menjalani penyelenggaraan berkala.

Katanya, selepas beberapa ketika pesawat berada dalam pengujian terbabit, berlaku kemalangan ke atas pesawat yang ketika itu masih belum membuat penerbangan.

“Keadaan cuaca semasa kejadian dilaporkan mendung, tanpa sebarang halangan di tempat kejadian,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Helikopter JBPMkemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd