• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Tidak Akan Tinggalkan Anwar Sendirian’ – Zahid Hamidi

oleh Mohd Arshad
23/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Saya Tidak Akan Tinggalkan Anwar Sendirian’ – Zahid Hamidi
Share on FacebookShare on Twitter

Gua Musang: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjanji tidak akan meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendirian, sebaliknya akan terus bersama untuk melaksanakan visi dan misi dalam menerajui negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Perdana Menteri itu turut berjanji menjalankan tanggungjawab serta mendokong segala hasrat Perdana Menteri, terutama dalam mensifarkan kemiskinan tegar yang masih berlaku dalam kalangan rakyat.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, menyifatkan Anwar menjalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dengan sangat baik dan bekerja dengan laju, sekali gus memberi banyak manfaat kepada masyarakat.

“Semua yang dijanjikan ini bukan hanya retorika politik. Kami di pihak kerajaan melaksanakan dengan penuh iltizam kerana apa yang mahu dilakukan Anwar adalah terjemahan falsafah prinsip beliau sejak hampir 30 tahun lalu.

“Selain itu, kita juga harus melihat pemimpin dan ulama bergabung serta saling bekerjasama yang mana setiap nasihat yang diberikan perlu berlandaskan al-Quran dan hadis.

“Justeru, kami mendokong cita-cita Perdana Menteri dalam memperkukuhkan budaya serta agama tanpa mengetepikan agama lain,” katanya dalam ucapan di Program Sentuhan Kasih Desa Kelantan di Dataran KESEDAR Paloh 2, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, program hari ini bukan hanya untuk mendekati rakyat di kawasan bandar atau pekan tetapi juga kawasan pedalaman dengan tujuan agar kita dapat menyantuni setiap lapisan masyarakat.

“Kita turun padang tanpa mengira kumpulan sasaran serta mengetepikan warna politik, budaya dan kaum. Apa yang penting, di bawah kepemimpinan Anwar, kita mahu supaya penyatuan pemikiran diterjemahkan dan ketepikan segala perbezaan dalam kalangan kita di seluruh negara.

“Sebagaimana yang kita tahu, Kelantan adalah negeri yang diperintah kepemimpinan yang tidak sealiran dengan Putrajaya (Kerajaan Perpaduan) tetapi selama ini kerajaan tidak pernah putus membantu negeri ini.

“Lebih-lebih lagi apabila negara diperintah Anwar sebagai Perdana Menteri yang sentiasa prihatin kepada rakyat di seluruh negara termasuk Kelantan,” katanya.

BHonline-

Tags: Ahmad Zahid HamidiAnwar Ibrahimvisi dan misi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd