• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

oleh AK-47
19/07/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan
Share on FacebookShare on Twitter

Seberang Jaya : Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar terus berdiam diri berhubung kedudukannya sama ada akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang, bulan depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Berucap kepada orang ramai di Jelajah Madani Seberang Jaya di sini malam tadi, Nurul Izzah bagaimanapun mengesahkan akan berkempen PRN pada 12 Ogos ini.

“Saya boleh mengesahkan saya akan berkempen pada PRN negeri ini,” katanya sambil disambut dengan sorakan kuat.

Media sebelum ini melaporkan Naib presiden PKR itu menyatakan beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan.

“Seperti saya katakan sebelum ini, perkara itu akan diputuskan oleh pucuk pimpinan dan saya perlu menunggu sehingga ia diumumkan,” katanya.

Ditanya mengenai calon Pakatan Harapan (PH) untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Jaya, beliau berkata, mereka perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangan.

Beliau berkata Seberang Prai menghadapi banyak masalah sosioekonomi, terutama selepas pandemik Covid-19.

“Masyarakat ini menaruh harapan tinggi dan mereka mahu masalah dihadapi mereka dapat diselesaikan. Kita, Kerajaan Perpaduan sedaya upaya akan menyelesaikannya sebaik mungkin.

“Justeru, kami berharap rakyat dapat membantu dengan mengundi calon Kerajaan Perpaduan.

“Saya optimistik namun berhati-hati, saya merasakan kita tidak boleh mengambil mudah tentang pengundi,” katanya sambil menyatakan Kerajaan Perpaduan berhadapan dengan pembangkang yang mempunyai kecenderungan untuk memainkan sentimen berita palsu dan melampau.

Dun Seberang Jaya, satu daripada tiga kerusi dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, sebelum ini disandang Dr Afif Bahardin.

-Harian Metro

Tags: Nurul IzzahPRNPucuk Pimpinan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jalin Hubungan Sulit: Menteri Luar China ‘Hilangkan Diri’

Next Post

Kejayaan Aaron-Wooi Yik Sebagai Olahragawan Cetus Inspirasi

Related Posts

Penjawat Awam ‘Terperangkap’ Era Muhyiddin, Sokong PN Dalam PRN Lalu – Ilham Centre

Penjawat Awam ‘Terperangkap’ Era Muhyiddin, Sokong PN Dalam PRN Lalu – Ilham Centre

25/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre, mendapati penjawat awam masih dibelenggu atau terperangkap dalam era pentadbiran Tan Sri Muhyiddin...

PRN: 94 Laporan Berkaitan Salah Guna Kad Pengenalan

PRN: 94 Laporan Berkaitan Salah Guna Kad Pengenalan

13/08/2023
0

PETALING JAYA: Sebanyak 94 laporan polis berhubung kesalahan salah guna kad pengenalan diterima pada hari pembuangan undi sempena Pilihan Raya...

Next Post
Kejayaan Aaron-Wooi Yik Sebagai Olahragawan Cetus Inspirasi

Kejayaan Aaron-Wooi Yik Sebagai Olahragawan Cetus Inspirasi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd