Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

“Anak-Anak Saudara Saya Bukan...

RENTETAN isu rumah tangga melibatkan vokalis kumpulan Wings, Awie dan isterinya, Rozana Misbun membuatkan...

APMM Labuan Gagalkan Cubaan...

LABUAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan telah berjaya menggagalkan percubaan menyeludup...

Pertahan Diri, Isteri Pukul...

PEGAWAI polis di London mengesahkan telah menahan seorang wanita yang dipercayai bersalah atas...

Konon Pergi Melancong Ke...

SEORANG pelajar Belanda, Zilla Van De Born berjaya meyakinkan keluarga dan rakan-rakannya menggunakan...

Penempatan 1,150 Pegawai Perubatan Kontrak Bermula Esok

KOTA BHARU: Seramai 1,150 pegawai perubatan kontrak yang telah menamatkan latihan siswazah akan ditempatkan di beberapa fasiliti perubatan di seluruh negara bermula esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, jumlah berkenaan merupakan tambahan kepada seramai 675 pegawai perubatan kontrak yang sudah ditempatkan di seluruh negara pada bulan ini.

Menurutnya, penempatan baharu itu dilakukan bagi mengisi kekosongan di fasiliti berkaitan termasuk di Hospital Kuala Lumpur (HKL) susulan perpindahan pegawai perubatan ke negeri.

“Memang akan ada sedikit pengurangan jumlah doktor di HKL kerana kita telah pindahkan mereka, namun kekosongn itu akan segera diisi.


“Kita akan pastikan bahawa perkhidmatan kesihatan seluruh negara tidak akan terjejas. Keperluan pegawai perubatan sedang diagihkan mengikut keperluan bagi setiap fasiliti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di sebuah hotel di sini hari ini.

Terdahulu, sebuah portal berita kesihatan mendakwa, pemindahan untuk penempatan tetap seramai 4,200 pegawai perubatan mulai bulan ini akan menjejaskan operasi di HKL.

Keadaan itu akan menyebabkan HKL dijangka akan kehilangan seramai 300 pegawai perubatan yany majoriti daripadanya dikatakan akan dipindahkan ke Sabah dan Sarawak.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori