• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penamaan Calon Esok Buka Gelanggang Rebut 245 Kerusi DUN

oleh AK-47
28/07/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Penamaan Calon Esok Buka Gelanggang Rebut 245 Kerusi DUN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – ‘Gelanggang’ Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal menyaksikan pertandingan di 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri membuka tirai secara rasmi pada Sabtu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mulai 9 pagi bakal calon daripada parti-parti yang bertanding serta calon Bebas boleh menyerahkan borang pencalonan di 173 pusat penamaan calon yang dibuka di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Selain kerusi DUN di enam negeri itu, turut diadakan pada masa sama ialah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu setelah kerusi itu diisytihar kosong berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim daripada Pas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Selepas selesai proses penamaan calon pada pukul 10 pagi esok, calon yang disahkan bertanding akan mula berkempen dengan tempoh kempen yang diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah 14 hari iaitu sehingga 11.59 malam 11 Ogos.

Hari mengundi ditetapkan 12 Ogos dengan pengundian awal pada 8 Ogos.

PRN itu merupakan kali pertama menyaksikan enam negeri berkenaan mengadakan pilihan raya bagi memilih Ahli DUN masing-masing secara berasingan daripada pilihan raya untuk kerusi Parlimen.

Landskap politik negara boleh dikatakan berubah apabila enam negeri itu memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing pada masa yang sama Dewan Rakyat dibubarkan 10 Oktober lepas bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 November.

Hanya Perak, Pahang, Perlis yang mengadakan pilihan raya kerusi DUN masing-masing serentak dengan PRU-15 manakala Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri masing-masing lebih awal daripada PRU.

Mengikut amalan lazim pilihan raya DUN negeri-negeri di Semenanjung diadakan serentak pada pilihan raya umum.

PRN enam negeri itu diadakan selepas DUN Kelantan yang mempunyai 45 kerusi dibubarkan pada 22 Jun diikuti Selangor yang mempunyai 56 kerusi pada 23 Jun manakala Pulau Pinang (40 DUN), Kedah (36 DUN) dan Terengganu (32 DUN) dibubarkan pada 28 Jun dan Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi DUN pada 1 Julai.

-Sinar Harian

Tags: DUNKerusi DUNpenamaan calon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Empat Timbalan Menteri Persekutuan Bersaing Rebut Kerusi DUN

PRN Sabah: Empat Timbalan Menteri Persekutuan Bersaing Rebut Kerusi DUN

15/11/2025
0

KOTA KINABALU - Empat Timbalan Menteri Persekutuan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang turut menyaksikan 596 calon...

Loke Saran PRU16 Parlimen, DUN Diadakan Serentak Seluruh Semenanjung

Loke Saran PRU16 Parlimen, DUN Diadakan Serentak Seluruh Semenanjung

21/09/2025
0

SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menyarankan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) membabitkan kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd