• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mendapan: Projek ECRL Selamat Diteruskan

oleh Mohd Arshad
27/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mendapan: Projek  ECRL Selamat Diteruskan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memaklumkan tiada tanda-tanda mendapan atau berlaku tanah runtuh di lokasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Ikuti Mynewshub: Telegram

MRL dalam kenyataan memaklumkan, MRL telah memeriksa sekitar projek itu sejak pembukaan persimpangan Bentong di Lebuh Raya Kuala Lumpur- Karak (KLK).

“Selepas menjalankan pemeriksaan teliti, kami ingin menekankan bahawa tiada sebarang tanda berlaku runtuhan pada struktur terowong yang terletak di bawah KM-61 di KLK.

“Kami ingin menegaskan, terowong Bentong 2 kekal utuh di sebalik insiden mendapan tanah tempoh hari. Struktur terowong itu selamat untuk kerja-kerja pembinaan yang dijalankan.

“Keselamatan pengguna adalah keutamaan kami dan akan terus melakukan pemeriksaan jika terdapat sebarang tanda-tanda bahaya di kawasan tersebut,” jelas kenyataan itu.

Selain itu, MRL turut menjelaskan bahawa insiden mendapan tanah yang berlaku di kawasan terowong pada 25 Julai lalu adalah kejadian berbeza.

“MRL dengan kerjasama kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pelaksanaan (EPCC) akan mengendalikan pemeriksaan lanjut mengenai insiden mendapan tersebut.

“Kami juga akan memaklumkan kepada umum mengenai sebarang makluman terkini mengenai perkara ini. Pada masa sama, kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berhubung insiden mendapan itu bagi memastikan keselamatan semua pihak,” jelas kenyataan.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan lega apabila laluan ke arah timur sudah boleh dilalui oleh semua kenderaan.

“Bagaimanapun, laluan arah barat menghala ke Kuala Lumpur masih ditutup. Sehubungan itu, syarikat konsesi telah mengaktifkan laluan kontra menghala ke ibu negara di kawasan terlibat iaitu di KM67.95 hingga KM65.9, bermula jam 10.15 pagi tadi.

“Justeru, semua kenderaan boleh melalui Lebuh Raya KLK untuk ke Kuantan dan Kuala Lumpur. Kelewatan pembukaan semula semua laluan di kawasan itu terpaksa dibuat demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

“Saya sentiasa mengikuti perkembangan ini dengan rapat dan meminta pegawai, jabatan dan agensi terlibat supaya melaporkan kepada saya dari masa ke masa. Saya ingin menegaskan, keselamatan pengguna jalan raya adalah keutamaan saya dan Kementerian ini,”katanya.

UtusanOnline-

Tags: mendapanProjek ECRL
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Pegawai Kanan DBKL Bersalah Terima Rasuah RM200,000

Next Post

Keluar DAP, David Bertanding Calon Bebas Di DUN Prai

Related Posts

Projek ECRL Dirancang Minimum Kerosakan Alam Sekitar

Projek ECRL Dirancang Minimum Kerosakan Alam Sekitar

11/05/2024
0

KUALA TERENGGANU : Jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer membabitkan perbelanjaan sebanyak RM50.27 bilion direka bentuk...

Kesan Tapak Kaki Disyaki Harimau Ditemui Berhampiran Projek ECRL

Kesan Tapak Kaki Disyaki Harimau Ditemui Berhampiran Projek ECRL

02/05/2023
0

SETIU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sedang menyiasat mengenai penemuan bekas tapak kaki dipercayai harimau belang...

Next Post
Keluar DAP, David Bertanding Calon Bebas Di DUN Prai

Keluar DAP, David Bertanding Calon Bebas Di DUN Prai

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd