• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Kelar Leher Tunggang Motosikal Jumpa Ibu Minta Bantuan

oleh Mohd Arshad
28/07/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Mangsa Kelar Leher Tunggang Motosikal Jumpa Ibu Minta Bantuan
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS : Polis menahan lelaki dipercayai mengelar leher seorang penganggur menggunakan pisau sehingga menyebabkan kecederaan parah dalam kejadian jam 6.27 petang, di sini, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, berkata sebaik menerima laporan, pihaknya terus mengesan suspek lelaki itu dan berjaya menahannya di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang, jam 9 malam, hari yang sama.

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine selain mempunyai rekod kesalahan lampau berkait kes dadah dan jenayah.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula Khamis lalu hingga 2 Ogos ini, bagi tujuan tindakan dan siasatan lanjut.

“Berdasarkan maklumat, ibu mangsa yang berusia 50 tahun, tampil membuat laporan polis berkaitan kejadian berkenaan.

“Mangsa yang juga seorang penganggur berusia 32 tahun itu dilaporkan menunggang motosikal ke kedai makan tempat ibunya bekerja untuk meminta bantuan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Kama berkata, ibu mangsa terkejut apabila melihat leher anaknya berlumuran darah sebelum terus bergegas mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Rantau Panjang.

“Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu serta terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Intensif (ICU),” katanya.

-Berita Harian

Tags: Mangsa Kelar Leher
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd