• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut Kereta Bertembung Lori

oleh AK-47
09/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lelaki Maut Kereta Bertembung Lori
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori di Kilometer (KM) 0.8, Jalan Yong Peng–Parit Sulong–Muar, Batu Pahat, Johor pada tengah malam, Ahad.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superitenden Shahrulanuar Mushaddat, berkata lori yang datang dari arah Parit Yaani menghala ke Yong Peng itu bertembung dengan kereta dari arah bertentangan yang secara tiba-tiba memasuki lorong (laluan lori) dan menyebabkan berlakunya kemalangan.

“Perlanggaran tersebut telah mengakibatkan pemandu kereta, seorang lelaki berusia 62 tahun meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandu lori berusia 49 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki.

“Kedua-duanya mangsa kemalangan tersebut telah dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat untuk pemeriksaan dan rawatan.

“Akibat kemalangan berkenaan, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan di bahagian hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Sementara itu, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Badrulhisyam Loi Abdullah dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan berkenaan melalui talian MERS999 pada jam 12.21 tengah malam, pada Ahad.

Katanya, sebaik menerima panggilan berkenaan, satu jentera FRT dan satu jentera EMRS dari BBP Yong Peng dengan tujuh anggota bomba telah dihantar ke lokasi.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati kemalangan itu melibatkan sebuah lori lima tan dan sebuah Proton Iswara.

“Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa tersepit di ruangan pemandu Proton Iswara dan PKO telah bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan Resque Tools.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mangsa diserahkan dengan pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd