Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Kemaluan Disengat Ikan Pari,...

AZAB... Seorang lelaki bernasib malang selepas kemaluannya disengat ikan pari semasa berenang di...

Pemandu Lori Tampar Anak...

Shah Alam : Pemandu lori yang memukul anak tirinya berusia lima tahun di...

Lebih 1,000 Pegawai, Anggota...

IPOH : Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis ditempatkan di 1,102 buah sekolah...

SDARA Edar Juadah Makanan...

MEKAH - Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDARA) kelmarin memberikan sumbangan...

Kes Kanak-Kanak Mati Lemas, Guru Besar Taska Didakwa Esok

IPOH : Seorang guru besar sebuah taska di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor di sini akan dihadapkan ke mahkamah esok kerana disyaki cuai hingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, April lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, wanita berusia 58 tahun itu akan didakwa atas pertuduhan di bawah Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Pada 18 April lalu, kita menerima satu laporan polis berhubung kejadian mati lemas membabitkan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di sebuah taska.

“Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 di mana satu laporan mati mengejut turut dibuka bagi menyiasat kematian mangsa.

“Hasil siasatan teliti yang dilakukan, kita telah memperoleh arahan pertuduhan daripada Timbalan Pendakwa Raya ke atas individu yang bertanggungjawab dalam insiden itu. Individu terbabit akan dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh esok,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya turut mengesan satu video berdurasi 30 saat dimuat naik pemilik akaun Facebook ‘Sathruhan Manian’ yang menuduh pihak polis tidak menjalankan siasatan telus berkaitan kejadian itu.


Katanya, pihak polis memandang serius dakwaan tidak berasas dan penyebaran maklumat palsu berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan media sosial untuk membuat dakwaan tidak berasas terhadap pihak berkuasa hingga mengganggu siasatan dan menjejaskan kredibiliti pasukan itu,” katanya.

Media pada 23 April lalu melaporkan, kanak-kanak lelaki itu menghembuskan nafas terakhir setelah tujuh hari dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Kejadian terjatuh ke dalam kolam renang taska itu berlaku pada hari pertama ibu mangsa menghantar anaknya ke sekolah.

Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak itu mendapati punca kematian akibat mati otak disebabkan lemas dan kegagalan fungsi organ.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori