• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes 1MDB: Jasmine Loo Yakin Sistem Keadilan Malaysia – Peguam

oleh AK-47
13/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes 1MDB: Jasmine Loo Yakin Sistem Keadilan Malaysia – Peguam
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas penasihat undang-undang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan mempercayai serta menyakini sepenuhnya sistem perundangan dan kehakiman Malaysia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Peguam Amer Hamzah Arshad dan Edmund Bon, yang mewakili Jasmine, berkata, keutamaan anak guam mereka ialah bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dalam siasatan ke atas 1MDB yang sedang berlangsung selain memudah serta membantu kerajaan Malaysia mempercepat usaha mendapatkan semula asetnya.

“Anak guam kami baru-baru ini telah menyerah diri kepada pihak berkuasa Malaysia. Beliau telah ditangkap, direman dan kini dalam tahanan. Beliau juga tidak sabar untuk kembali ke pangkuan keluarganya secepat mungkin.

“Beliau sentiasa menganggap Malaysia sebagai tanah tumpah darahnya. Apabila tiba masanya, beliau akan mendedahkan apa yang berlaku ketika tidak berada di Malaysia.

“Beliau menaruh kepercayaan dan keyakinan terhadap sistem perundangan serta kehakiman Malaysia dan akan menghadapi semua perkara dengan sewajarnya. Beliau juga mahu diberikan privasi dan ruang untuk melakukan apa yang perlu ketika ini,” menurut kedua-dua peguam dalam kenyataan pada Khamis.

Jasmine dikatakan sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, yang terlibat dalam skandal kewangan 1MDB serta telah disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki selepas melarikan diri dan keberadaan beliau sehingga kini masih tidak diketahui.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa Jasmine telah ditahan polis pada Jumaat lepas (7 Julai) bagi membantu siasatan bagi kes penyelewengan dana itu.

Pada 4 Disember 2018, Mahkamah Majistret telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Jho Low, Loo, bekas Pengarah Eksekutif 1MDB Casey Tang Keng Chee, bekas pegawai 1MDB Geh Choh Heng dan sekutu rapat Jho Low iaitu Eric Tan Kim Loong selepas mereka gagal hadir ke mahkamah untuk berdepan tujuh pertuduhan melakukan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.

-Sinar Harian

Tags: Jasmine LooJho LowKes 1MDBPeguam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Undang Yang Empat Negerí Sembilan Tidak Setuju Pembubaran DUN Negeri Sembilan?

Undang Yang Empat Negerí Sembilan Tidak Setuju Pembubaran DUN Negeri Sembilan?

05/06/2026
0

SEREMBAN - Undang Yang Empat Negerí Sembilan dan Tengku Besar Tampin membantah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan oleh...

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd