• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Jamin Bekalan Beras Cukup

oleh Mohd Arshad
21/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Jamin Bekalan Beras Cukup
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN : Kerajaan memberi jaminan bekalan beras akan dipastikan sentiasa mencukupi untuk keperluan rakyat negara ini meskipun berkemungkinan bakal menghadapi kekangan daripada negara pengeksport.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata persiapan intensif sudah dan sedang dilakukan bagi memastikan bekalan beras tidak terganggu.

“Kita sedar sebarang kemungkinan boleh berlaku pada masa depan, terutama jika negara pengeksport beras seperti India dan Vietnam mengurangkan kadar eksport.

“Justeru, kita kena buat persiapan awal dan intensif untuk mencukupkan beras di negara ini dengan meningkatkan infrastruktur berkaitan tanaman padi serta

penggunaan jentera yang lebih baik.

“Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan memainkan peranan proaktif dalam membantu

memastikan bekalan beras mencukupi untuk keperluan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Santai Peladang Zon Tengah di sini, petang tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Zamri Yaakob.

Mohamad berkata, bekalan beras juga dipengaruhi faktor cuaca tidak menentu, sekali gus menyebabkan hasil padi berkurangan.

“Keadaan cuaca ini turut berlaku di negara-negara pengeksport beras dan boleh mempengaruhi kadar eksport.

“Sebab itu, kementerian sentiasa memberi perhatian serius dalam aspek pengeluaran beras ini dengan langkah diambil, termasuk memulakan usaha tanaman padi ala Sekinchan di Kedah, Terengganu dan Pahang selain memperkenalkan baja tambahan melalui Skim Baja Perintis di mana petani akan terus mendapat baja yang telah sedia ada untuk tingkatkan pengeluaran,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Bekalan BerasKerajaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4 Pengedar Dadah Tersungkur, Dadah RM4.3 Juta Dirampas

Next Post

Objek Bawah Kereta Siti Kasim Dipercayai Bom Jenis IED

Related Posts

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

27/03/2025
0

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran untuk memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam saman...

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

04/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk menggantung pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut...

Next Post
Objek Bawah Kereta Siti Kasim Dipercayai Bom Jenis IED

Objek Bawah Kereta Siti Kasim Dipercayai Bom Jenis IED

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd