Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

Tiangong-1 Kembali Dan Jatuh...

STESEN angkasa China dijangka akan kembali ke bumi pada Isnin, dengan tiada siapa...

Restoran Diskaun Ikut Saiz...

BEIJING - Pada 2015 lalu, China gempar apabila sebuah retoran di Jinan, ibu...

Budak Tergantung 33 Kaki...

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di utara China ditemui tergantung pada ketinggian...

RM50 Juta Bagi Bina...

KOTA BHARU - Kementerian Kewangan (MOF) memperuntukkan RM50 juta bagi membina 12 padang...

Kejayaan Aaron-Wooi Yik Sebagai Olahragawan Cetus Inspirasi

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menganggap beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berhak untuk dijulang sebagai Olahragawan Kebangsaan 2022 atas pencapaian yang dilakukan musim lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria percaya kedua-dua pemain layak me­nerima anugerah tersebut atas kejayaan mereka muncul juara pada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun Ogos tahun lalu.

Justeru, beliau percaya pencapain yang dilakukan oleh beregu No. 4 dunia itu mampu menjadi inspirasi kepada pemain-pemain muda bagi mengharumkan nama negara dalam lebih banyak kejohanan pada masa akan datang.

“Saya mengucapkan tahniah di atas kejayaan mereka. Kerja keras dan pengorbanan serta tabah mengharungi kesukaran selain percaya dengan apa yang dilakukan menjadi kunci kejayaan yang dikecapi. Ia akan menjadi satu legasi dalam arena sukan di Malaysia.

“Kami berharap kejayaan bersejarah yang diukir oleh Aaron dan Wooi Yik akan memberi inspirasi kepada atlet-atlet muda untuk menjadi juara di pentas dunia serta Olimpik nanti,” katanya yang mewakili beregu lelaki itu untuk menerima trofi yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Untuk rekod, Aaron-Wooi Yik menjadi beregu lelaki ketiga negara yang diangkat sebagai Olahragawan Kebangsaan selepas Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada 2007 dan Datuk Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (2007).

Dalam pada itu, Mohamad Norza juga meluahkan rasa bangga atas kejayaan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah yang mengungguli anugerah Pasukan Wanita Kebangsaan 2022.

Pencapaian beregu berkenaan yang berjaya meraih gelaran Terbuka Perancis selain menyumbang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 tahun lalu menjadi faktor mereka dipilih sebagai pemenang untuk kategori tersebut.

-Kosmo Online

Kategori

Leave a Reply