• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawasan Terlibat ECRL Taman Sungai Sireh Belum Muktamad – Amirudin

oleh AK-47
25/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kawasan Terlibat ECRL Taman Sungai Sireh Belum Muktamad – Amirudin
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor belum mengeluarkan sebarang notis kepada penduduk Taman Sungai Sireh, Pelabuhan Klang berhubung pengambilan tanah di kawasan tersebut bagi projek ECRL, setakat ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara tersebut dalam fasa penilaian da sedang mengenal pasti lokasi jajaran terlibat.

Menurutnya, kerajaan negeri akan memastikan sebarang proses pengambilan tanah bagi projek ECRL dilaksanakan secara adil dan penduduk terjejas akan menerima pampasan sewajarnya.

“Projek di kawasan itu dijadualkan bermula 2025. Apabila tanya penduduk, memang mereka tidak tahu sebab kita belum beri notis, bermakna perobohan tidak akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Ketika ini, yang sedang dibuat adalah penilaian untuk dicadangkan (kepada pemaju). Selepas itu, kerajaan negeri perlu mendapatkan realiti jajaran sebenar projek tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas isu dibangkitkan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Gombak, Mohamad Suffi Kamari berkenaan dakwaan pengambilalihan rumah penduduk di Taman Sungai Sireh, Pelabuhan Klang bagi tujuan projek tersebut.

Mohamad Suffi menerusi aplikasi TikTok pada Sabtu mendesak Amirudin bertemu dengan penduduk kawasan berkenaan yang didakwa bakal dihalau untuk memberi laluan kepada projek itu.

Amirudin menjelaskan, isu tersebut akan ditangani satu persatu mengikut cara pentadbiran kerajaan yang dibuat dengan teratur.

Beliau berkata, projek ECRL pada masa ini memberi fokus kepada jajaran bermula dari Gombak, Janda Baik ke arah Serendah.

“Kita tumpukan kawasan-kawasan ini dahulu, kemudian saya akan fokuskan penyelesaian di Gombak pula.

“Perkara itu saya akan umumkan nanti namun buat masa ini, notis belum keluar, laporan rumah terlibat juga belum keluar,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Amirudin ShariECRLECRL Taman Sungai Sireh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd