• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Jangan Kempen Jatuhkan Maruah, Fitnah Ketika PRN’

oleh AK-47
09/07/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
‘Jangan Kempen Jatuhkan Maruah, Fitnah Ketika PRN’
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kementerian Perpaduan Negara menasihati semua pihak termasuk penyokong parti politik dan anggota masyarakat supaya menghindari kempen yang boleh membawa kepada unsur perpecahan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, aspek berkenaan perlu dititik beratkan terutamanya semasa musim kempen yang akan berlangsung selama dua minggu.

“DUN (Dewan Undangan Negeri) sudah pun dibubar dan tarikh pencalonan dan PRN sudah diketahui semua, ini adalah masanya untuk parti-parti yang akan bertanding.

“Saya sebagai Menteri Perpaduan berharap ketika PRN (nanti), dari segi perpaduan kita harus teguhkan, tak boleh lah kita berkempen untuk jatuhkan maruah atau pun memfitnah sesuatu yang akan membawa kepada perpecahan (kaum) dan perpecahan dalam perpaduan, ini sangat penting.

“Bagi kita di kementerian, ini yang kita jaga dan kita pesan kepada semua (supaya menjaga sensitiviti),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Ini Warisan Kita di sini hari ini.

Mengulas mengenai program itu, beliau berkata, objektif utama penganjuran adalah bagi melestarikan perpaduan dengan meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan masyarakat pelbagai kaum mengenai khazanah warisan negara.

Jelasnya, program yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lalu itu menyasarkan kehadiran orang awam dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang bagi mempelajari dan menghayati sendiri kepelbagaian warisan yang dibawakan khas kepada pengunjung.

“Program yang bertemakan ‘Melestarikan Perpaduan’ ini sangat bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam membangun Malaysia Madani yang menerapkan elemen hormat-menghormati serta menjadikan warisan sebagai salah satu platform pengukuhan perpaduan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, selain persembahan kebudayaan berunsurkan silang budaya, pengunjung juga dapat melihat dengan lebih dekat pameran rumah etnik seperti Chetti, Baba Nyonya, Mah Meri, Siam dan Portugis yang menampilkan pengisian seni tari, busana, kraf tangan serta makanan tradisi.

-Utusan Online

Tags: fitnahkempenmaruahPRN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

26/01/2026
0

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilaporkan pernah berasa takut terhadap pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd