Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

“Saya Kesal Lindungi, Tak...

BARISAN Nasional tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) minggu lalu dan kejutan...

Import Baharu JDT Rodríguez...

KUALA LUMPUR - Pemain import baharu Harimau Selatan, Patricio Julián Rodríguez tiba di...

PRU15: [TIDAK RASMI] Radzi...

PUTRAJAYA – Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr. Radzi...

Aliff Aziz Mohon Maaf...

PENYANYI kelahiran Singapura yang penuh dengan kisah kontroversi, Aliff Aziz akhirnya tampil membuat...

‘Isu Sanusi Belum Selesai’ – Sultan Selangor

KUALA LUMPUR : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, dalam satu ceramah di negeri itu, yang dianggap menghina institusi Diraja Selangor, sebagai masih belum selesai.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Perkara ini masih belum selesai,” titah baginda menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Terdahulu, baginda menerima menghadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Pertemuan secara berasingan itu membincangkan mengenai kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Sanusi dalam satu ceramah beliau di Selangor baru-baru ini, yang dianggap menghina institusi Diraja Selangor.

Gambar Sultan Selangor berkena menerima menghadap kedua-duanya turut dikongsi menerusi akaun berkenaan.

Semalam, Muhammad Sanusi memohon ampun kepada Sultan Sarafuddin menerusi warkah kepada baginda yang diutuskan, kelmarin.

Bagaimanapun, permohonan maaf itu tidak bermakna siasatan polis ke atas lebih 57 laporan yang dibuat ke atas Muhammad Sanusi dihentikan.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan terhadap Menteri Besar Kedah itu tidak akan dihentikan, walaupun beliau sudah membuat permohonan maaf kepada Sultan Selangor.

Sebelum itu, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) menerusi catatan di Facebook menyatakan beliau sudah mengutus warkah kepada Sultan Selangor memohon ampun dan maaf atas kenyataannya sebelum ini.

Muhammad Sanusi juga sudah memberi keterangan kepada polis Bukit Aman, jam 2 pagi kelmarin.

Bagaimanapun, beliau tetap mendakwa ucapannya sengaja diputar belit bagi menimbulkan kefahaman yang salah.

Polis menyiasat Muhammad Sanusi berkaitan 3R (agama, bangsa, institusi diraja) berkenaan, dilakukan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori