• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden KLIA: Notis Penolakan Pelawat China Ikut Prosedur

oleh AK-47
02/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Insiden KLIA: Notis Penolakan Pelawat China Ikut Prosedur
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Penolakan kemasukan pelawat wanita dari China dikenali sebagai Wang Xu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijalankan mengikut prosedur serta selaras Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Bil. 09 Tahun 2017.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Difahamkan satu laporan polis dibuat pegawai Imigresen di KLIA bagi menangkis dakwaan seorang menteri wujud budaya rasuah di lapangan terbabit dan tular di media sosial.

Memetik laporan terbabit, Penolong Penguasa Imigresen, Syahmi Syafie Md. Nazmil memaklumkan, dakwaan budaya rasuah dalam kalangan pegawai di lapangan terbang tidak berasas.

Dakwanya, semasa soal siasat, subjek tidak memenuhi syarat kemasukan pelancong kerana tidak memiliki tiket pulang ke negara asal serta gagal menyatakan dengan jelas penginapan semasa berada di Malaysia.

“Soal siasat serta komunikasi dengan subjek juga agak terbatas kerana subjek hanya boleh berbahasa Cina dan sukar memahami soalan yang diajukan.

“Malah, seorang wanita yang berkomunikasi dengan pegawai penguat kuasa melalui telefon bimbit subjek serta memperkenalkan diri sebagai Emma memberitahu wanita itu datang dengan tujuan menjaga anaknya,” lapornya.

Sementara itu, laporan memaklumkan kemasukan pelawat yang dikemas kini daftar penolakan masuk ke dalam sistem Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) hanya boleh dibatalkan dengan kelulusan pengarah KLIA atau Ketua Pengarah Imigresen sahaja.

Dalam pada itu, Syahmi juga mendakwa pegawai bertugas juga tidak diberikan peluang untuk memberi penjelasan atau membela diri meskipun dituduh meminta wang berjumlah RM3,000 melalui ejen untuk dilepaskan.

Semalam, media melaporkan seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membebaskan pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen, kelmarin.

-Utusan Online

Tags: Insiden KLIANotis Penolakan Pelawat ChinaProsedur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden KLIA: SPRM Masih Kesan Ejen

Insiden KLIA: SPRM Masih Kesan Ejen

09/07/2023
0

PETALING JAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih memburu ejen yang didakwa meminta bayaran RM18,000 kepada wanita warga China...

PRN Johor: SPR Digesa Sediakan Prosedur Galak Lebih Ramai Keluar Mengundi

09/02/2022
0

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa melaksanakan langkah-langkah penting yang dapat menggalakkan pengundi di luar kawasan turun mengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd