• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hina Raja Tidak Boleh Selesai Dengan Mohon Maaf – Azalina

oleh Mohd Arshad
15/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Hina Raja Tidak Boleh Selesai Dengan Mohon Maaf – Azalina
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Permohonan maaf Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak boleh diambil kira sebagai penyelesaian kerana ia melibatkan kesalahan undang-undang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan, walaupun kebebasan bersuara merupakan hak perlembagaan setiap warga Malaysia di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, kebebasan ini tertakluk kepada Perkara 10(2) bagi memastikan ketenteraman dan keamanan terjamin.

“Sesiapa sahaja yang membangkitkan isu-isu yang membelah bahagi, mengganggu ketenteraman awam dan tidak menghormati institusi raja-raja, harus ingat bahawa ini adalah satu kesalahan di sisi undang-undang dan tidak akan terselesai atas alasan memohon maaf kerana permohonan kemaafan bukan satu pembelaan dari segi undang-undang (legal defence) dalam perundangan jenayah.

“Biarlah Polis Diraja Malaysia diberi kebebasan untuk siasat sesiapa sahaja yang membangkitkan isu 3R yang melanggar mana-mana undang-undang tanpa campur tangan mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, Sanusi dalam ceramah politiknya, dilihat mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor berkaitan pemilihan Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

“Sebagai orang politik atau mana-mana orang yang dikurniakan kuasa, kita harus sedar bahawa pertuturan kita ada kuasa untuk mempengaruhi orang ramai, terutama sekali dalam musim pilihan raya,” katanya.

Setakat ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 31 laporan di seluruh negara membabitkan kenyataan Sanusi yang didakwa mempertikai kewibawaan institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan menteri besar negeri itu.

UtusanOnline-

Tags: hina rajamuhammad sanusi md norSultan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan Pintas Utama RM3 Juta

Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan Pintas Utama RM3 Juta

16/03/2025
0

Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan untuk Lembaga Zakat Selangor (LZS) daripada Syarikat...

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

08/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan umat Islam khususnya rakyat Selangor supaya terus berusaha memperkukuhkan akidah dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd