• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Gabungan BN Dan PH Boleh Cipta Keajaiban Di Dengkil’ – Noorazli

oleh AK-47
29/07/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
‘Gabungan BN Dan PH Boleh Cipta Keajaiban Di Dengkil’ – Noorazli
Share on FacebookShare on Twitter

Cyberjaya : “Melalui gabungan sokongan parti terbesar Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), kita harap dapat mengembalikan Dengkil bersama dengan Kerajaan Perpaduan.”

Ikuti Mynewshub: Telegram

Itu harapan Noorazli Said, 45, calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 Selangor.

Beliau yang kali pertama dipertaruhkan berhasrat berkhidmat kepada rakyat supaya dapat membantu dalam menyalurkan lebih banyak lagi bantuan dan peruntukkan serta menyempurnakan dasar lebih baik untuk rakyat.

“Berilah peluang kepada saya untuk membuktikan apa yang dihajati dapat direalisasikan. Saya mohon sepenuhnya sokongan tidak berbelah-bahagi daripada masyarakat khususnya pengundi di Dengkil.

“Apa pun, melihat kepada calon lain, saya menghormati setiap calon yang bertanding. Mereka tidak asing dengan masyarakat sekitar.

“Cuma kita mengharapkan melalui gabungan dua parti terbesar BN dan PH, kita dapat menciptakan satu keajaiban (kemenangan),” katanya yang ditemui selepas disahkan sebagai seorang daripada empat calon DUN Dengkil di Pusat Penamaan Calon di Dewan Semarak, di sini, hari ini.

Selain Noorazli yang juga Pengerusi BN Sepang dan Ketua Bahagian Umno Sepang, Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Dengkil, Datuk Abd Hamid Hussain mengesahkan tiga lagi calon lain yang bertanding adalah Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Jamil Salleh, 64, calon Parti Utama Rakyat (PUR) Datuk Mohd Daud Leong Abdullah, 58, dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Profesor Darren Ong Chung Lee, 36.

Sementara itu, Jamil berkata beliau bukanlah ‘calon pelancong’ kerana sudah menetap di Dengkil selama lima tahun selain 40 tahun bekerja di kawasan Lembah Klang.

Ahli Bersatu Sepang itu juga adalah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Tiada isu ‘calon pelancong’. Alhamdulillah saya biasa dengan Dengkil. Team DSJ (Datuk Seri Jamil) semuanya bersatu hati.

“Jika dipilih, saya berkelebihan berada bersama pasukan yang ada di peringkat negeri dan kebangsaan berdasarkan rangkaian hubungan yang ada.

“Ada ramai ‘networking’ dalam kerajaan. Kita akan memikirkan untuk membina kesejahteraan rakyat Dengkil khususnya dan Selangor,” katanya.

-Harian Metro

Tags: BNDUN Dengkilpenamaan calonPHPRN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid

BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid

19/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau menghormati sepenuhnya segala keputusan yang dibuat...

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

16/11/2025
0

KOTA BELUD: Tiada masalah dalaman dalam Barisan Nasional (BN) berhubung keputusan Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd