• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lagi Mangsa Kepala Air Belum Ditemukan

oleh AK-47
04/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dua Lagi Mangsa Kepala Air Belum Ditemukan
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN : Tinggal dua lagi mangsa kepala air di Jeram Mawar, Air Putih di sini, Sabtu lalu yang belum ditemukan selepas memasuki hari ketiga operasi mencari dan menyelamat, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dua mangsa yang belum ditemukan itu ialah Putri Nor Fatin Karim, 14 dan Muhammad Fikri Saliman, 24.

Setakat pukul 3 petang ini, dua mayat ditemukan iaitu Putri Balqis Izzati Abdul Rahman,18, yang merupakan mangsa ketujuh ditemukan pukul 7.45 pagi dan Putri Alleya Maisarah, 16. ditemukan pada pukul 3 petang.

Jumlah keseluruhan mangsa yang telah ditemukan ialah lapan orang sejak Ahad lalu.

Seramai enam lagi mangsa yang ditemukan sebelum ini ialah Karim Abdullah, 39, yang berasal dari Felda Lepar Hilir 3, Pahang serta isterinya, Azizah Eiyi, 40.

Turut ditemukan adalah empat anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Putri Nurerina Natasya, 10, Muhammad Haziq Ziqree, 6, dan Putri Aryana Umaira, 4.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, operasi mencari dan menyelamat hari ketiga disertai 200 agensi penyelamat dan sukarelawan termasuk polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta penduduk kampung.

Menurutnya, sebanyak 13 aset di air turut digerakkan dan sebanyak enam ekor anjing daripada unit pengesan bomba dan polis turut membantu operasi pencarian.

Sementara itu, di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih, keluarga mangsa masing-masing dilihat sabar menanti perkhabaran daripada pasukan penyelamat yang bertungkus lumus di lokasi.

-Utusan Online

Tags: tragedi kepala air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Kepala Air: Operasi SAR Putri Nor Fatin Diteruskan

Tragedi Kepala Air: Operasi SAR Putri Nor Fatin Diteruskan

09/07/2023
0

KEMAMAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir tragedi kepala air Jeram Mawar yang masih hilang diteruskan hari ini...

“Mereka Pergi Berkelah 10 Orang, Biarlah Pulang Juga 10 Orang….”

“Mereka Pergi Berkelah 10 Orang, Biarlah Pulang Juga 10 Orang….”

08/07/2023
0

Chukai : Selepas hampir seminggu tragedi kepala air yang meragut sembilan nyawa sehingga kini di Jeram Air Putih, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd