Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

AirAsia Umum Penutupan AirAsia...

AirAsia Group Bhd mengumumkan penutupan operasi AirAsia Japan Co Ltd untuk mengurangkan beban kewangan syarikat dan kumpulan

TPM Bukti Komitmen Sebagai...

BUTTERWORTH - Bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai pengarah pilihan raya kecil (PRK) di...

Koleksi Surat Cinta Napoleon...

PARIS - Sebanyak tiga pucuk surat cinta daripada pemimpin Perancis, Napoleon Bonaparte kepada...

PAS Kecam Kerajaan Selangor...

KUALA LUMPUR - "Kerajaan Selangor perlu berusaha supaya pemilik konsesi air menawarkan harga...

Blok Asrama Pelajar Lelaki Terbakar

SEGAMAT : Sebuah blok bangunan tingkat atas asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kenangan Batu Anam, dekat sini musnah dalam kebakaran pukul 1.53 awal pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Ketua Balai Bomba Penyelamat Bandar Segamat, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhd. Hazim Abdul Razak, pihaknya menerima panggilan kecemasan, pada pukul 1.58 pagi.

“Setibanya di tempat kejadian, bangunan berkenaan sudah terbakar 30 peratus sebelum anggota bomba memulakan kerja-kerja memadam.

“Api berjaya dikawal sepenuhnya pukul 4.03 pagi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, walaupun ada beberapa pelajar lelaki di asrama pada waktu kejadian,” katanya, di sini hari ini.

Punca kejadian dan anggaran kerugian yang dialami masih dalam siasatan.


Bangunan yang terbakar adalah blok asrama pelajar lelaki dan para pelajar telah diarahkan ke kantin asrama ketika kejadian oleh pihak pentadbiran sekolah.

Seramai 20 pegawai dan anggota dari BBP Bandar Segamat dan BBP Bandar Baru Segamat dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), lori tangki air dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian.

Operasi tamat pada pukul 4.03 pagi.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori