• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pegawai Kanan DBKL Bersalah Terima Rasuah RM200,000

oleh Mohd Arshad
27/07/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Bekas Pegawai Kanan DBKL Bersalah Terima Rasuah RM200,000
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mendapati bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sabudin Mohd Salleh, 60, bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM200,000.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Keputusan dibuat Hakim K Muniandy selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob, yang membuat kesilapan dan tersalah arah apabila membebaskan tertuduh pada akhir kes pembelaan.keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob, yang membuat kesilapan dan tersalah arah apabila membebaskan tertuduh pada akhir kes pembelaan.

“Atas sebab itu, Mahkamah Tinggi membuat keputusan membenarkan rayuan itu dan mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen.

“Dengan ini, tertuduh didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan terbabit mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Seksyen 316 (a) Kanun Acara Jenayah (CPC),” katanya.

Bagaimanapun, hakim menetapkan 15 Ogos ini untuk mendengar rayuan pendakwaan dan pembelaan terhadap hukuman tertuduh sebelum membuat keputusan.

Pada 2 Jun lalu, pendakwaan menegaskan Mahkamah Sesyen keliru dengan dua tuduhan memperoleh suapan berjumlah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja yang dihadapi Sabudin.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, dilaporkan berkata, hakim terbabit menyalahkan pendakwaan kerana gagal menunjukkan ada keperluan bagi Sabudin meminta rasuah daripada saksi utama pendakwaan, Wong May Kuan iaitu subkontraktor kepada syarikat Dusari Niaga.

Peguam, K Theivaendran, mewakili Sabudin berkata Mahkamah Sesyen membuat dapatan yang betul ketika membebaskan anak guamnya berdasarkan keterangan dikemukakan oleh saksi.

Pada 15 September 2022, Sabudin menitiskan air mata selepas kali kedua dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen daripada dua pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja.

Keputusan itu dibuat Rozina selepas mendapati pihak pembelaan berjaya mematahkan dan menyangkal kes pendakwaan dengan memberikan penjelasan yang jujur.

Pada 4 Julai tahun lalu, pihak pembelaan menutup kes selepas memanggil lima saksi termasuk Sabudin untuk memberi keterangan pada prosiding bermula 12 Mei tahun sama.

Pada 24 Mac tahun sama, Mahkamah Tinggi memerintahkan Sabudin membela diri atas dua pertuduhan itu, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen pada 18 Disember 2020, yang melepas dan membebaskannya daripada dua pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Sabudin yang ketika itu Timbalan Pengarah Kanan (Awam) di Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar DBKL, didakwa memperoleh suapan wang tunai RM200,000 daripada May Kuan.

May Kuan adalah subkontraktor kepada Dusari Niaga yang melaksanakan Cadangan Kerja-kerja Pengisaran dan Penurapan Semula Jalan bagi Bekas Lubang Gali Syarikat Utiliti Di Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk DBKL Bagi Tahun 2018/2020 (2017/A214) sebagai upah mengeluarkan permit kerja kepada Dusari Niaga.

BHonline-

Tags: bekas pegawaiDBKLrasuahSabudin Mohd Salleh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Rugi Lebih RM350,000 Terpedaya Skim Pelaburan

Next Post

Mendapan: Projek ECRL Selamat Diteruskan

Related Posts

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

23/05/2025
0

SHAH ALAM – Bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Suspek Ugut Penguat Kuasa DBKL Direman 2 Hari

Suspek Ugut Penguat Kuasa DBKL Direman 2 Hari

09/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Lelaki tempatan yang ditahan kerana disyaki membuat ugutan jenayah terhadap pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)...

Next Post
Mendapan: Projek  ECRL Selamat Diteruskan

Mendapan: Projek ECRL Selamat Diteruskan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd