• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Sejak Bila Bak Kut Teh Jadi Makanan Tradisi Malaysia?’

oleh AK-47
07/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Sejak Bila Bak Kut Teh Jadi Makanan Tradisi Malaysia?’
Share on FacebookShare on Twitter

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Khan (Batu Sapi-GRS) senada dengan Mohd Suhaimi Abdullah (Langkawi-PN) untuk menolak cadangan agar hidangan b ah kut teh diiktiraf sebagai salah satu masakan tradisi di Malaysia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini berikutan cadangan agar makanan itu – yang asal usulnya menjadi pertikaian antara rakyat Malaysia dan Singapura – diangkat sebagai makanan kebangsaan.

Khairul memberitahu Dewan Rakyat bahawa untuk sesuatu makanan itu diiktiraf, ia haruslah boleh dimakan oleh semua rakyat Malaysia.

Terdahulu, Suhaimi mempersoalkan adakah bak Kut Teh perlu dianggap sebagai makanan tradisi rakyat Malaysia.

“Saya sedikit sebanyak setuju (dengan ahli parlimen) Langkawi, kerana ia memerlukan satu prospek makanan yang boleh dimakan kesemua rakyat Malaysia.

“Kalau bak kut teh tu sediakan bak kut teh ayam, bolehlah Langkawi. Tapi kalau bak kut teh yang dibangkit (Ahli parlimen) Tebrau, dia tak bagi spesifik bak kut teh jenis apa. Makanan warisan ia harus boleh dirasai semua kaum di negara kita ini,” jelas timbalan menteri.

Khairul berkata demikian ketika menjawab soalan Jimmy Puah (Tebrau-PH), yang menanyakan usaha kementerian untuk memastikan makanan tradisi Malaysia seperti nasi lemak, bak kut teh dan laksa diiktiraf sebagai makanan kebangsaan bagi mengelak negara lain mendakwa sebagai milik mereka. .

Puah berkata, dia kecewa selepas menonton dokumentari yang disiarkan oleh Channel News Asia, sebuah agensi berita yang berpangkalan di Singapura, yang mengatakan makanan itu mungkin berasal dari republik itu.

“… Seperti yang kita sedia maklum, bak kut teh berasal dari Klang, Selangor,” dakwanya.

Bagaimanapun, Suhaimi bangun mempersoalkan apakah kewajaran makanan itu diiktiraf sebagai makanan kebangsaan.

“Saya nak bertanya sejak bila bak kut teh ni jadi makanan tradisi di Malaysia. Sebab dalam saya melihat 10 makanan tadisional paling popular di Malaysia tak ada bak kut teh.

“Soalan saya sejak bila bak kut teh (jadi makanan tradisi) dan adakah menteri setuju nak masukkan (sebagai warisan negara)?” soalnya.

-Malaysia Kini

Tags: Bak Kut TehMakanan TradisiParlimen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan esok bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd