• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Berusia 13 Tahun Pandu Kereta Milik Ibu Ditahan

oleh Mohd Arshad
30/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Remaja Berusia 13 Tahun Pandu Kereta Milik Ibu Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN: Tindakan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun memandu kereta dipercayai milik ibunya, mengundang padah apabila dia ditahan polis di sini, petang semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, remaja tersebut dikesan memandu kereta jenis Proton Saga secara melawan arus ketika sepasukan anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman membuat rondaan di bawah Jambatan Geliga, berhampiran Kemaman Waterfront, di sini, kira-kira pukul 5.15 petang.

“Ketika anggota polis cuba menahan kenderaannya, tiba-tiba remaja itu bertindak memecut laju untuk melarikan diri.

“Remaja itu turut memandu melulu dan merbahaya secara zig zag di jalan Persekutuan iaitu di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dan tidak berhenti di lampu isyarat Mak Lagam, serta memotong barisan di lampu isyarat Stesen Bas Geliga,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Hanyan berkata, anggota polis telah mengarahkan supaya kenderaan itu diberhentikan sebanyak tiga kali, namun tidak dipedulikan remaja tersebut.

“Peronda trafik kemudiannya mengekori kenderaan yang dipandu suspek bersama empat rakannya berusia 13 hingga 16 tahun itu sejauh 10 kilometer, sebelum menahan remaja tersebut berhampiran sebuah dobi layan diri di Taman Banggol Indah.

“Kita telah mengeluarkan enam saman dan kereta tersebut juga akan disita. Kita akan turut memanggil ibu bapa remaja itu bagi membantu siasatan dan saman akan dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan yang membenarkan individu yang tiada lesen memandu kenderaan,” katanya.

Tegas Hanyan, tindakan remaja tersebut bukan hanya membahayakan diri sendiri, malah turut mengundang bahaya terhadap pengguna jalan raya yang lain.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

UtusanOnline-

Tags: 13 tahunditahanPandu Keretaremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd